Selasa, 18 Januari 2011

Bertarung Dengan Bomoh Orang Asli..

Dan Wansi segera bangun. Datuk juga begitu. Dalam beberapa saat saja lelaki itu hilang dari penglihatan datuk dan Wansi. Serentak dengan itu, terdengar suara jeritan Latifah yang cukup keras dan nyaring. Datuk dan Wansi segera masuk ke dalam bilik Latifah.Latifah Berguling-guling atas lantai, kedua belah tangannya memegang batang leher. Matanya kelihatan merah. Haji Azhar dan isterinya tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada menangis. Wansi segera memegang pergelangan kaki kiri Latifah. Ditekannya dengan sekuat hati atas lantai. Jeritan Latifah berhenti dan tidak lagi berguling-guling atau meronta-ronta. Wansi menyuruh Haji Azhar mengangkat anaknya ke atas tilam. Datuk rapat kepada Wansi dan mendengar dengan tiliti apa yang dicakapkan oleh Wansi padanya. Dtuk keluar dari bilik untuk beberapa minit. Masuk kembali dengan kain hitam terselipang di bahu. Wansi menyambar kain hitam itu lalu melibas ke badan Latifah tiga kali berturut-turut.

Datuk duduk di hujung kepala Latifah. Dia membaca sesuatu. Tiga kali dahi Latifah ditamparnya dengan belakang tangan. Latifah bangun dan terus duduk.

“Apa yang kau nampak nak?” tanya Wansi.

“Orang hitam mengajak saya keluar,” sura Latifah merendah.

“Lagi apa yang dibuatnya pada kau,” sanggah datuk.

“Dia lari dengan tiba-tiba,” jawab Latifah tenang.

Wansi terdiam seketika. Dia meminta pencil dan kertas. Bila kertas dan pencil sudah ada di tangannya. Dia menulis sepotong ayat al-Quran. Kertas yang sudah ditulinya itu diserahkan pada Haji Azhar.

“Bacalah ayat ini, ke telinga Latifah bil di agak resah. Dan kau harus mengamalkannya,” ujar Wansi.

“Caranya?” tanya Haji Azhar.

“Baca seratus kali selepas kau sembahyang yang lima waktu, bila dia sebati dengan dirimu, banyak faedahnya. Untuk menghalau hantu syaitan.” Cukup lebut nada suara Wansi. Serentak dengan itu dia menyerahkan sebatang besi pendek yang berbentuk tulang. Menurut Wansi besi itu adalah besi tulang lengan mawas.

“Besi ni saya tinggalkan pada awak untuk tiga minggu, lepas tu saya ambil balik,” tambah Wansi. Besi tulang mawas bertukar tangan dari Wansi ke tangan Haji Azhar.

“Untuk apa?”

“Untuk mengubat penyakit anak kau,” sahut datuk.

“Kalau dalam tempoh tiga minggu, anak saya tak baik macam mana?”

“Dengan pertolongan Allah anak kau akan baik. Percayalah, dengan syarat selama tiga minggu, jangan beri sesiapa menemui Latifah, kecuali kau dan emaknya,” Wansi memberikan sebuah keyakinan dan harapan pada Haji Azhar.

Haji Azhar tersenyum. Sebelum meninggalkan bilik Latifah Wansi berpesan pada Haji Azhar supaya mengunci bilik dari dalam. Dan jangan memperhiraukan dengan apa yang berlaku di luar. Haji Azhar angguk kepala.

Rumah Haji Azhar cukup besar. Ada lapan bilik di dalamnya. Jarak bilik Latifah dengan anjung rumah memang agak jauh juga jaraknya. Pada mulanya Haji Azhar menawarkan dua bilik penginapan untuk kami, tetapi datuk dan Wansi menolak dengan alasan tidur di anjung lebih baik. Tidak panas serta mudah menjalankan kerja-kerja untuk mengubati Latifah.

Saya resah tidak menentu. Dua tiga kali saya memejamkan mata. Saya tidak juga mahu tidur. Lampu gaslin sudah lama dipadamkan. Digantikan dengan lampu minyak tanah sengaja dipendekkan oleh datuk. Cahayanya sekadar cukup menerangi wajah datuk dan Wansi, tetapi lingkaran cahaya lampu itu sampai juga ke muka saya, agaknya kerana itulah saya tidak dapat tidur.

Saya merenung ke arah datuk dan Wansi. Mereka sedang membalut rokok daun sambil bercakap sesuatu. Saya mula terdengar kokok ayam bertalu-talu, saya kira sudah hampir pukul dua malam. Dugaan saya tepat sekali. Tidak lama lepas itu, terdengar bunyi jam loceng Haji Azhar berbunyi dua kali berturut-turut.

Angin malam yang bertiup menambahkan rasa dingin di badan. Saya terpaksa membengkokkan badan, seperti angka lima. Sayup-sayup saya terdengar suara burung hantu dan suara anjing menyalak panjang. Datuk dan Wansi masih juga belum tidur.

Tiba-tiba, datuk dan Wansi melompat dan lampu padam. Bila datuk menyalakan lampu minyak tanah kembali terdapat batang pisang berkembar dua terletak atas lantai di anjung rumah. Batang pisang itu seolah-olah baru lepas digunakan untuk memandikan mayat. Bila datuk mahu menjamah batang pisang tersebut, cepat-cepat Wansi menyepak tangan datuk.

“Jangan dipegang,” kata Wansi.

Saya mengeletar sendirian. Dua kali saya cuba bangun, tetapi saya terjatuh dengan sendiri hingga kain yang saya pakai terlucut dari pinggang. Saya bogel dalam sinar samar-samar cahaya lampu minyak tanah. Wansi yang terpandangkan saya turut tersenyum.

“Kau pergi ke sana,” katanya pada saya, sambil merungut kerana datuk membawa saya. Tanpa banyak bicara saya akur dengan perintahnya. Saya bersandar pada tiang rumah. Saya lihat dari batang pisang itu keluar asap berkepul-kepul. Dua tiga ekor kelawar hitam berterbangan dengan bebasnya di anjung ruamh, kelawar hitam itu akan kencing, airnya merah macam darah.

Di luar anjung, kedengaran bunyi deru angin yang cukup kuat. Saya lihat ada bayang putih memanjang melayang di halaman rumah. Darah saya tersirap. Benda putih itu masuk ke dalam kawasan anjung dan hilang betul-betul di tengah-tengan batang pisang. Suasana di luar rumah agak gamat juga dengan bunyi suara kokok ayam, salakkan anjing dan suara jampuk bersahut-sahutan. Kelawar yang hinggap di bahagian anjung rumah terus bersuara, cukup seram, giginya yang putih berkilat itu nampak tajam di samping memperlihatkan taringnya.

Saya jadi tidak tentu arah. Berdiri salah, duduk pun salah. Apakah syaitan-syaitan ini akan meragut nyawa saya. Timbul pertanyaan dalam diri. Dalam keadaan yang serba gawat itu, saya masih dapat membaca beberapa potong ayat al-Quran yang saya kira dapat menghalau syaitan-syaitan itu. Datuk dan Wansi kelihatan tenang memandang batang pisang yang berasap itu.
Wansi berdiri lalu mengangkat sebelah tangannya ke atas. Lengan tangan kanan yang diangkatnya itu dirapatkan pada lubang telinga kanannya. Sementara tangan kirinya diletakkan atas dada, kaki kanannya, menapak dua tapak ke depan. Manakala kaki kirinya dibengkokkan sedikit.

Wansi menjerit sekuat hati. Bila jeritannya berakhir. Dia bercakap dalam loghat bahasa Bawean, selesai dia bercakap, beberapa ketul batu dan kayu berterbangan masuk ke dalam anjung ruamh. Wansi sedikitpun tidak bergerak. Bunyi suara kucing hutan melalak di bawah rumah. Beberapa ekor tupai hitam, entah dari mana datangnya berlompatan di lantai. Semuanya melompat ke tanah. Sebaik saja tupai-tupai itu ghaib, seekor beruk besar muncuk di depan datuk dan Wansi.

Kali ini datuk mara ke depan dan menolak Wansi ke belakang. Saya agak, tentulah datuk tahu, bahawa kawannya itu tidak berdaya menentang cubaan syaitan-syaitan itu. Datuk berpeluk tubuh. Dia membaca mentera hingga tubuhnya kelihatan berasap. Batang pisang di tengah anjung bagaikan diangkat orang, bergerak sendiri menuju ke muka pintu dan hilang dalam gelap.
Tempat batang pisang itu digantikan dengan api yang menyala ganas. Bahang panas itu terasa ke muka saya. Wansi mengambil uncang hitam lalu memukul ke arah api. Api itu mula runduk. Wansi memukul lagi hingga api itu bertukar mejadi bara sebesar bola pingpong. Bara itu terbang. Berlegar-legar dalam rumah akhirnya keluar menuju ke pondok tempat saya dan datuk serta Wansi beranung dulu. Pondok itu terbakar.

“Orang ni benar-benar mahu memalukan keluarga Haji Azhar dan mahu membinasakan kita,” kata Wansi sambil melurut langan kirinya dengan tapak tangan kanan. Dalam beberapa saat saja pondok itu hancur menjadi abu. Bara api sebesar bola pingpong menuju ke arah kepala Wansi. Cepat-cepat Wansi mengelakkan diri. Sementara itu , datuk masih berusaha untuk menghalau syaitan-syaitan ganas itu mengikut kemampuan yang terdaya olehnya.

Bara api sebesar bola pingpong terus berlegar-legar dalam ruang anjung. Wansi mula bertindak, saya lihat mukanya berubah. Mulutnya terus bercakap dalam bahasa Bawean. Wansi membalut tangan kanannya dengan uncang hitam, kemudian bola bara api itu dipegangnya sekuat hati. Saya lihat tapak tangannya berasap. Saya kira dalam hal ini Wansi lebih gagah dan banyak ilmu dunianya jika dibandingkan dengan kehandalan yang terdapat dalam diri datuk.

Datuk tersandar di dinding. Mukanya kelihatan biru. Dua kali datuk terbatuk dan mengeluarkan darah yang cukup kental. Saya urut belakang datuk. Wansi meletakkan bola api yang sudah menjadi seketul arang itu di tengah anjung rumah. Dia rapat pada datuk. Dua kali dia menumbuk belakang datuk.

Datuk terbatuk,dari mulut datuk keluar segumpal cacing tanah dan ulat bulu. Cacing dan ulat bulu itu bergerak atas lantai. Wansi memukulkan uncangnya ke muka datuk. Datuk segera pulih. Wansi kembali ke tempat arang yang diletaknya. Arang itu masih berasap. Bila asapnya hilang saya lihat ada kepala manusia terletak di situ, Berlilit dengan kain. Matanya terkedip-kedip merenung ke muka datuk, bagaikan minta pertolongan.

“Saya kenal dia Wansi,” kata datuk.

“Siapa manusia ni?”

“Bomoh orang asli, dari batu enam belas, saya pernah bertemu dengannya dua kali,” terang datuk dengan jujur. Wansi tersenyum. Wansi duduk bersila di depan kepala manusia yang seoah-olah melekap pada papan lantai itu.

“Kenapa kau buat jahat dengan orang?” tanya Wansi.

“Saya dapat upah encik,” jawab kepala itu dalam gaya bahasa orang asli bercakap Melayu. Matanya terkelip-kelip macam katak puru kena sembur air. Wansi atau datuk. Biarkan mereka dengan tugas mereka. Saya cuma mahu melihat peristiwa ini sebagai bahan kenangan atau sejarah yang tersimpan dalam diri saya. Itu saja tekad saya.

“Siapa yang mengupah kau?” datuk menyoal.

“Orang kampung ini juga.”

“Siapa namanya.”

“Tak boleh cakap encik, itu sumpah saya,”

“Awak tahu, kerja awak ni menyusahkan saya dan orang lain,” kian keras nada suara Wansi. Datuk mula resah. Dia berpusing-pusing dua tiga kali di depan kepala yang terlekap di lantai.

“Tak tahu encik, dia datang minta tolong, katanya orang itu meludah mukanya waktu dia usik-usik untuk ajak kahwin, orang itu maki dia, jadi saya ingat perbuatan orang itu tak baik menghina sesama manusia kerana itu saya tolong dia.” Bagaikan mahu berbuih mulut orang itu bercakap, cukup siksa.

Datuk dan Wansi berbisik. Kepala yang terlekap di lantai kelihatan bergerak-gerak. Mukanya berpeluh-peluh. Dua tiga helai rambunya gugur. Suasanan malam yang tadi agak gawat sekarang sudah cukup tenang.

“Awak mesti bercakap betul dengan saya, kalau tidak saya botakkan kepala awak di sini,” Wansi mula mengugut. Datuk mengigit bibir.

“Jangan buat jahat dengan orang encik.”

“Saya tak buat jahat, awak yang mulakan dulu.”

“Saya mengaku, saya dah kalah, encik kuat. Apa yang encik mahu sekarang?”

“Jangan kacau orang di baruh, nanti orang di darat susah, siapa orang di baruh yang upah awak?”

“Baiklah encik, kalau saya cakapkan, encik mesti berjanji dengan saya tidak balas dendam.”

“Kami tak mahu balas dendam, kami cuma mahu tahu saja.”

“Orang itu akan datang sendiri berjumpa encik minta maaf, saya akan suruh dia jumpa encik,”

“Bila?” potong datuk dengan cepat.

“Dua hari lagi.”

Selesai saja orang itu bercakap. Wansi pun memukul kepala orang itu dengan uncang yang dibuat dari kain hitam. Kepala orang itu pun hilang. Jam milik Haji Azhar berbunyi empat kali berturut-turut. Dingin subuh mula meresap ke batang tubuh saya. Dalam kedingannan yang menggigit tulang itu saya terlelap . Bila saya membuka kelopak mata, matahari pagi sudah pun memancarkan sinarnya di halaman rumah. Murai dan merbah sudahpun berhenti berkicau.

Datuk dan Wansi duduk bersila panggung sambil menghisap daun rokok nipah. Mereka merenung ke arah pondok yang tertegun gagah di bawah kelopak matahari pagi. Kepala saya terasa pening kerana malam tadi saya menyaksikan dengan mata kepala saya sendiri pondok itu musnah dijilat api. Apakah saya bermimpi atau ditipu oleh perasaan takut yang menguasai diri saya. Timbul berbagai pertanyaan dalam hati kecil saya.

“Kenapa pondok ini tidak hancur tok, malam tadi saya lihat terbakar,” itulah pertanyaan pertama pagi itu, saya ajukan pada datuk. Datuk merenung muka saya sambil tersenyum.

“Memang terbakar, tetapi dibakar oleh syaitan,” balas datuk.

Saya terdiam. Memanglah perkara ini tidak masuk di akal. Kalau diceritakan pada sesiapapun tidak ada orang yang percaya sedangkan pada kenyataannya saya melihat kejadian-kejadian itu sendiri.

Bila datuk melihat daya termenung panjang, dia pun menghampiri saya. Dan menyatakan apa yang saya lihat iut, bukanlah satu perkara yang aneh. Semuanya terjadi atas kemahuan Allah yang maha besar.

“Allah itu maha pemurah dan penyayang.”

“Jadi,” tingkah saya.

“Dia akan memperkenankan apa juga yang diminta oleh mahkluknya sama ada jahat atau baik.”

“Kalau minta jahat bagaimana?”

“Dipenuhinya dan tanggunglah akibat dari permintaan itu. Sebagai manusia kita diberikan fikiran untuk meminta sesuatu yang baik atau jahat.”

Saya pun angguk kepala mendengar cakap datuk itu. dalam masa yang sama Haji Azhar minta datuk dan Wansi duduk sebulan di tempatnya.

“Minta maaf, saya banyak urusan. Saya boleh tunggu hingga hari Jumaat kerana ada orang yang akan datang ke sini?” Saya lihat wajah Wansi cukup tenang.

“Siapa?” soal Haji Azhar.

“Nantilah saya beritahu kemudian, lagi pun saya mesti balik cepat kerana saya belum lagi membuat persiapan untuk…’” suara Wansi terhenti. Dia merenung keluar pada pepohon rambutan dan langsat yang disentuh angin pagi. Matahari terus bersinar garang.

“Nak ke mana selepas mengubat anak saya ni?”

“Saya nak berangkat ke Tanah Suci,” jawapan Wansi itu amat mengejutkan hati datuk. Memang sebelum ini, Wansi tidak pernah menceritakan hal itu padanya. Saya merasa amat kagum dengan datuk dan Wansi yang tidak mahu menceritakan apa yang di alaminya malam tadi pada Haji Azhar. Meskipun Haji Azhar bertanya beberapa kali. Seolah-olah mereka sepakat merahsiakan perkara itu.

Bagi menanti hari Jumaat yang ditunggu, saya dan datuk serta Wansi ke Cangkat Banjar dan Cangkat Melintang mencari akar-akar kayu dan pucuk-pucuk hutan. Akar-akar kayu yang dipilih itu dijadikan minuman menggantikan kopi, sementara pucuk-pucuk kayu dijadikan air pembasuh muka selepas menunaikan sembahyang subuh.

Menurut Wansi akar-akar kayu itu berguna bagi mencegah sakit buah pinggang, darah tinggi. Pucuk-pucuk hutan pula berkesan bagi perjalanan darah di samping mengkalkan wajah supaya kelihatan muda dan merah.

Memang sudah menjadi amalan dalam hidup datuk selepas menunaikan sembahyang subuh, dia akan membaca Quran. Begitu juga dengan Wansi. Saya disuruh oleh datuk membaca surah Yassin. Kelam-kabut juga saya dibuatnya oleh datuk. Bagamana tidak menggelabah bila datuk menyuruh saya membaca surah Yassin tanpa naskah Yassin Bila melihat saya dalam keadaan cemas begitu. Wansi memberikan naskah Yassin pada saya.

“Kau mesti ikut macam datuk kau, boleh baca Yassin tanpa buku,” ujar Wansi.

“Dah diajar, tapi cucu saya ni keras kepala sikit,” tingkah datuk. Disambut dengan ketawa yang memanjang dari Wansi.

Ketika matahari mula bersinar. Dari muka jalan masuk ke rumah Haji Azhar, kelihatan seorang pemuda berbadan tegap mendatangi ke arah datuk dan Wansi. Sebaik saja sampai di kaki tangga pemuda itu memberi salam. Wansi mempersilakannya naik.

“Jangan mengapakan saya, malam tadi saya tak boleh tidur, badan saya macam tebakar hangat sampai ke pagi,” terus terang pemuda berkulit hitam manis, berhidung mancung, rambut ikal itu meluah kan rahsia dirinya. Wansi dan datuk berpandangan.

“Badan saya masih terasa dingin, walaupun matahari bersinar terang, kabus nipis kelihatan keluar dari bumi di antara pepohon manggis dan langsat. Suasanan di Kampung Belanja kiri pagi itu terasa cukup tenteram dengan kicau burung. Melompat dari dahan ke dahan.

“Apa sebabnya awak datang ke sini?” datuk bersuara parau.

“Sayalah yang mengupah bomoh orang asli memasukkan kain batik ke dalam perut anak Haji Azhar,” sambung pemuda itu sambil merenung lantai. Wansi memperkemaskan silanya.

“Kau harus tahu membuat atau menganiaya sesama manusia satu dosa besar. Allah tidak dapat mengampunkannya sekiranya orang yang kena aniaya itu tidak memaafkannya,” terang Wansi.

“Saya tahu, saya bertaubat tuan, saya melakukannya kerana mengikut nafsu.” Sebaik saja pemuda itu selesai bercakap. Haji Azhar dipanggil oleh Wansi. Haji Azhar pun segera datang. Duduk bersila di antara datuk dan Wansi.

“Inilah orang yang saya tunggu,” kata Wansi pada Haji Azhar. Bila mata haji Azhar terbeliak. Dia kenal benar dengan pemuda itu, pernah berkerja dengannya sebagai pemandu bot penambang dari Belanja Kiri ke Pekan Parit, di seberang tebing Sungai Perak, Haji Azhar tahu pemuda itu boleh bergerak bebas dalam kawasan rumahnya. Orangnya pendiam dan bersopan-santun.

“Apa, dia keluarga awak?” Satu pertanyaan keluar dari mulut Haji Azhar.

“Tidak tuan Haji,” pendek jawab Wansi.

“Habis kenapa dia jumpa awak.”

“Usah tanya tentang hal itu, kalau awak sayangkan anak awak, jangan rosakkan budak ni, jangan dipukul atau membalas dendam.”

“Saya tak faham.”

“Saya boleh beri awak faham, tapi awak jangan membalas dendam kerana perbuatan itu ditegah oleh agama kita yang suci, kalau awak boleh memenuhi syarat ni, awak akan bahagia hidupnya dan pemuda ini akan tenteram jiwanya.”

“Saya berjanji,” satu keputusan tegas dari Haji Azhar.

Datuk serta Wansi berdiri. Pemuda dan Haji Azhar duduk berhadapan sambil bersalaman, waktu salam keduanya belum terbuka. Datuk membaca ikrar yang bermaksud, bahawa Haji Azhar tidak akan membalas dendam dan pemuda itu akan bertaubat. Selasai saja ikrar itu dibuat, barulah Wansi menceritakan apa yang dilakukan oleh pemuda itu terhadap anaknya. Badan Haji Azhar saya lihat menggigil menahan marah.

Bila semua urusan selesai. Pada sebelah malamnya diadakan kenduri doa selamat. Dan pada keesokan harinya kami bertiga pun berangakat meninggalkan Kampung Belanja Kiri. Dua bulan lepas itu, saya dijemput oleh Haji Azhar datang ke rumahnya lagi sekali, untuk menyaksikan Latifah bersanding dengan pemuda yang dipilih oleh Haji Azhar.

Dengan pemuda pilihan bapanya itu, Latifah memperolehi dua orang anak. Sekarang Latifah menetap di Kulai, Johor. Menurut cerita yang terbaru saya dengar, anak sulung Latifah sudah melahirkan dua orang anak. Haji Azhar meninggal dunia dalam tahun 1980 di Belanja Kiri kerana sakit tua, isterinya masih lagi hidup dan tinggal bersama Latifah.

Pemuda yang mengupah bomoh siam itu meninggalkan kampung, Belanja Kiri, sesudah meminta ampun dan maaf pada Haji Azhar. Walaupun perkahwinan Latifah pada hari itu cukup meriah tetapi datuk tetap berwajah suram, kerana Wansi yang banyak berjasa pada keluarga Haji Azhar tidak dapat datang. Dia meninggal dunia di Tanah Suci.

Dua hari selepas menghadiri majlis perkahwinan anak Haji Azhar itu, saya dengan datuk pergi ke Cangkat Pinggang dekat Kampar kerana urusan membeli tanah dusun. Dua malam tidur di rumah ketua Kampung Cangkat Pinggan. Lepas itu kami bertolak ke Tapah. Di Tapah datuk menginap dua hari di rumah kawannya di Lubuk Katak kira-kira suku batu dari Pekan Tapah.

Pada keesokan harinya saya dengan datuk bertolak dari Pekan Tapah menuju ke Cameran Highlands. Sampai di Batu enam belas datuk memetik loceng bas. Kami turun di situ. Dari gigi jalan kami memasuki satu lorong yang kiri kanannya di tumbuhi pokok-pokok hutan. Di hujung lorong itu terdapat sebuah perkampungan orang asli.

Tidak jauh dari kampung ornag asli pada masa itu, terdapat berberapa buah bangunan pekerja-pekerja yang terlibat dengan pembinaan projek haidro elektrik. Kebanyakan pekerjanya terdiri daripada pemuda-pemuda Melayu terutama di bahagian buruh kasar seperti menebuk terowong dan meratakan batu. Pergerakkan pekerja-pekerja itu dapat dilihat dengan mudah dari perkampungan orang asli yang terletak di kawasan tanah yang tinggi. Sekarang projek itu sudah siap.

Kedatangan saya disambut dengan baik oleh bomoh orang asli yang berwajah agak garang itu. Namanya Bah Lanjut. Dia mempersilakan saya dan datuk duduk di anjung rumahnya. Apa yang mendatangkan rasa kurang senang dalam diri saya, bila melihat anjing kepunyaannya berkeliaran dalam rumah. Hati saya agak terhibur kerana dari radionya terdengar suara Saloma mendendangkan lagu Mengapa Dirindu yang menjadi lagu top ketika itu.

Kerana mahu menghormati datuk dan saya yang diketahuinya tidak berapa senang dengan keadaan rumahnya, lalu dia menempatkan kami di sebuah pondok yang keadaannya cukup bersih. Siap dengan tempat tidur dan tikar sembahyang. Menurut Bah Lanjut, pondok itu memang dikhaskan untuk orang Melayu dan Islam bermalam bila meminta ubat darinya. Dalam pertumuan itu Bah Lanjut berkali-kali minta ampun dan maaf atas perbuatannya di masa lalu. Malah, dia sanggup mengajar beberapa ilmu yang ada pada dirinya untuk datuk.

Hasratnya itu tidak ditolak, datuk mahu menuntut ilmu darinya asalkan ilmu yang dituntut itu tidak bercanggah dengan hukum-hukum Allah. Bagi tujuan itu, datuk dan saya terpaksa tinggal di perkampungan orang asli itu selama dua minggu. Di sini tugas saya bertambah lagi, terpaksa menjadi tukang masak pada datuk di samping berburu ayam hutan dan pelanduk untuk lauk makan tengahari dan malam, beras disediakan oleh Bah Lanjut hasil dari tanaman padi humanya di lereng bukit.

Diganggu Lembaga Hitam.

Di luar hujan turun mencurah-curah. Kilat dan guruh tingkah meningkah. Cahaya kilat yang masuk ke dalam pondok menjilat wajah datuk, Bah Lanjut dan saya. Bila bunyi hujan beransur reda, diganti pula dengan bunyi angin yang cukup keras melanggar dahan dan reranting pokok hutan. Api pelita melintuk-liuk mengikut arah tiupan angin. Bagi menyelamatkan api pelita dari padam, Bah Lanjut segera menaruh daun bertam muda di sekelilingi badan pelita.

Beberapa bahagian daripada daun bertam muda itu dibuat lubang kecil bagi mendapatkan cahaya dari pelita tersebut. Di luar hujan sudah berhenti terus. Angin sudah tidak sekeras tadi merempuh reranting dan dedahan pokok hutan. Bunyi cengkerik cukup gamat. Sekali-sekala terdengar lolongan anjing hutan sayup-sayup. Bunyi suara burung tukang cukup nyaring. Saya melihat jam saku datuk yang bertali tembaga di hujung lututnya.

Waktu Bah Lanjut memperkemaskan silanya,saya dengar raungan harimau cukup nyaring bersama tempikan gajah. Tanpa di minta oleh datuk, Bah Lanjut perkenalkannya dengan pemuda yang membalas dendam pada anak Haji Azhar. Menurut Bah Lanjut, seorang asli membawa pemuda itu menemuinya dan menceritakan apa yang di alami oleh pemuda itu hingga timbul rasa balas di hatinya.

"Saya menolongnya kerana saya fikir dia telah dihina," nada suara Bah Lanjut penuh kesal. Datuk tersenyum dan menyuruh Bah Lanjut melupakan peristiwa tersebut.

"Lupakan tentang tu, mari kita cerita tentang hal lain," ujur datuk sambil melagakan gigi bawah.

Bah Lanjut melunjurkan ke dua kakinya. Kulit belakang Bah Lanjut bertemu dengan dinding pondok yang diperbuat dari kulit kayu Merbau dan Jelutung.

"Ilmu kita bukan untuk merosakkan orang, ilmu kita untuk menolong orang," keluh Bah Lanjut.

"Ilmu kita pun begitu juga," tingkah datuk.

Beberapa ekor nyamuk hutan berterbangan dalam pondok. Melihat saya resah dengan kedatangan nyamuk itu, Bah Lanjut menepuk tangan, saya lihat nyamuk yang berterbangan itu menuju ke arahnya Bah Lanjut menadahkan kedua belah tapak tangannya. Nyamuk-nyamuk jatuh atas tapak tanganya.

"Pulanglah,jangan kacau kami," kata Bah Lanjut Nyamuk di tapak tangan segera terbang menuju ke arah tepi dinding dan terus keluar.

Bunyi suara cengkerik di luar pondok beransur kendur. Malam bertambah dingin. Dua kali saya menguap panjang. Datuk dan Bah Lanjut masih terus bercakap.

"Mahu awak menuntut ilmu pengasih?" kelopak mata saya terasa ringan, mata saya bersinar merenung kearah muka Bah Lanjut. Saya mengisut ke arahnya, kepala lutut saya dengan kepala lutut Bah Lanjut berlaga.

"Caranya?" soal datuk. Hati saya cukup gembira, saya memang mengharapkan Bah Lanjut menurunkan ilmu itu pada datuk dan sekali gus saya akan dapat mengutip ilmu itu. Saya kira, ilmu pengasih itu cukup baik untuk saya, bila saya sudah ada ilmu pengasih saya boleh memilih bakal isteri dari anak dara yang wajahnya cantik dari kalangan orang yang berada. Kalau saya di panggil untuk temuduga sebarang pekerjaan, ilmu pengasih dapat menolong saya.

Orang menemuduga saya akan kasih pada saya, lalu memberikan pekerjaan, walaupun tidak ada kelulusan, fikir saya dalam hati.

Bah Lanjut mengunyah sesuatu didalam mulut. Saya tidak tahu apa yang dikunyahnya.

"Ilmu tu saya tak mahu, bagilah saya ilmu-ilmu lain," ujur datuk secara tidak langsung membunuh harapan yang bertunas dalam hati saya. Saya mengeluh dan datuk tersenyum merenung ke arah saya, bagaikan dia tahu, apa yang bergolak dalam dada saya.

"Kalau awak tak mahu, berikan pada cucu awak," Bah Lanjut mengemukakan cadangan. Lagi sekali, saya Iihat senyum datuk bermain di bibir.

"Jodoh pertemuan dan rezeki di tentukan oleh Allah yang maha besar," datuk menepis cakap Bah Lanjut.

"Kita disuruh berusaha."

"Bukan dengan cara itu tok batin, lagi pula ilmu pengasih ni, banyak buruk baiknya, terutama kalau terlepas ketangan orang muda."

"Tujuannya baik "

"Memang tujuannya baik, tujuan baiknya sikit sangat. Yang dibuat tujuan yang jahat yang banyak di lakukan, ilmu tu banyak penggodanya."

"Jadi, awak tak mahulah. Kalau awak mahu,boleh saya bawa naik bukit dan guna mencari ibu minyaknya."

"Terima kasih sajalah tok batin," suara datuk merendah.

Bah Lanjut terdiam. Suara anjing hutan makin keras. Bunyi burung hantu dan jampuk bersahut-sahutan di puncak bukit. Sesekali saya terdengar bunyi orang berjalan di bawah pondok. Malam bertambah larut. Datuk bangun, lalu membuka pondok. Datuk terkejut. Dua tapak dia undur ke belakang. Muka datuk pucat. Bah Lanjut menerkam ke arahnya.

Saya juga menerkam ke muka pintu. Kaki kami bagaikan terpaku di lantai. Di muka pintu, terjegat satu lembaga berbulu hitam tebal. Dahi lembaga itu berbulu, lubang hidungnya cukup luas. Gigi putih lembaga itu menyeringai, bagaikan mahu menelan kami. Saya amati lembaga itu lama-lama. Bentuknya macam seekor monyet besar. Tiba-tiba, Bah Lanjut bergolek diatas lantai menuju ke arah pelita. Dia cabut daun bertam, lalu membakar kain pelikat datuk yang tersangkut dekat dinding. Dengan mendadak saja api marak dalam pondok kami. Dan lembaga yang berdiri dikaki tangga bersuara, bagaikan suara beruang jantan tercium buah kelubi.

Lembaga itu menggawang-gawangkan tangannya ke kiri dan ke kanan. Kemudian lengannya yang berbulu itu menutup kedua belah matanya. Lembaga hitam itu menjerit dengan sekuat hatinya, lalu menendang dinding dekat pintu. Dinding yang dibuat dari kulit kayu itu runtuh dan pecah berkaca.
Lembaga itu melompat ke tanah dan diikuti dengan bunyi kayu tangga patah. Lembaga itu pun hilang dalam kegelapan malam yang pekat itu.

Datuk, saya dan Bah Lanjut kembali duduk di ruang tengah pondok, sesudah api yang membakar kain pelikat datuk dipadamkan.

"Apa bendanya tu tok batin?" soal datuk dengan tenang. Bah Lanjut terdiam. Dia merenung liar ke kiri dan ke kanan.

"lnilah masalah yang kami hadapi sekarang," bisik Bah Lanjut pada datuk. Datuk angguk kepala. macam itek angsa bertemu kawan. Saya resah sendiri. Bimbang benar hati saya, kalau lembaga hitam itu datang lagi.

"Saya harap awak boleh menolong kami dalam hal ini?" Bah Lanjut menyuarakan hasrat hatinya. Datuk merenung lantai yang terbuat dari buluh itu. Bah Lanjut nampak resah. Sesekali dia membetulkan parang yang tersangkut di pinggangnya.

"Benda tu, cuma takut pada api saja," sambung Bah Lanjut dengan rasa kesal. Dan barulah saya faham, kenapa waktu tengahari mahu jatuh di kaki lantai, orang asli membakar kayu besar yang dilonggokkan di sekeliling rumah mereka.

Api biarkan menyala hingga ke subuh. Bah Lanjut berjalan ke hulu ke hilir dalam ruang pondok. Berhenti dekat bendul pemisah, antara ruang tengah dengan dapur. Dia duduk dekat bendul sambil menakik -nakik kayu bendul dengan parang kontotnya. Datuk hanya memperhatikan saja tingkah laku Bah Lanjut. Dari gerak-geri itu, datuk dapat meramalkan, bahawa penghulu orang asli itu di amok rasa resah yang tidak menentu. Bah Lanjut merenung ke arah Datuk. Datuk angkat kepala lalu pandangan mereka bertembung.

"Yang kita bimbangkan tentang keselamatan anak buah kita, terutama anak-anak dara," Bah Lanjut mengeluh.

"Sebab?"

"Binatang sial tu, mencari anak dara, sudah dua orang anak buah saya di kampung bukit sebelah mati kerananya."

"Dahsyat tu."

"Kerana itulah, kalau boleh saya mahu minta tolong dari awak, walaupun saya handal tetapi dalam hal ni, saya mengaku kalah," Bah Lanjut mengakui kelemahan yang terdapat pada dirinya. Datuk kerutkan dahi. Saya rebahkan badan di atas lantai buhuh. Bah Lanjut bangun ambil kain dari dalam beg datuk. Kain itu dicampakkannya pada saya.

"Selimut badan kau, sejuk ni," ujamya sambil ketawa kecil. Bah Lanjut terns mendekati datuk. Mereka bercakap. Apa yang dikatakan oleh mereka itu dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya, walaupun kelopak mata saya pejam rapat.

Fikiran saya berperang sama sendiri. Bentuk lembaga hitam yang besar itu menari-nari dalam kepala saya. Bagaimana, ketika saya terlelap lembaga itu datang, lalu membawa saya ke tempatnya? Barangkali lembaga itu memakan daging manusia. Apakah daging peha saya akan dibahamnya?

Semuanya berlegar-Iegar dalam kepala saya. Datuk terus juga bercakap dengan Bah Lanjut. Saya pusing kanan. Setiap kali badan saya bergerak, lantai buluh tetap berbunyi kiuk-kiuk. Bila bunyi itu terdengar berturut-turut kali,saya terasa seronok,macam satu nada irama lagu yang terjadi tanpa penciptanya.

Bah Lanjut memberitahu datuk, lembaga hitam itu sudah dua tiga kali masuk ke dalam perkampungannya, malah satu ketika anak buahnya hampir berjaya memberkas lembaga hitam itu dengan mengepungnya, tetapi lembaga itu berjaya menghilangkan diri dengan berpaut pada dahan meranti condong. Menurut Bah Lanjut, setiap kali lembaga hitam datang, mesti diiringi dengan bunyi burung hantu atau salakan anjing hutan.

Begini saja, esok kita cari kesan tapak kakinya," datuk memberi satu keputusan yang muktamad. Dan Bah Lanjut bersetuju dengan cadangan datuk itu.

"Sampai ke mana?" soal Bah Lanjut.

"Sehingga mana yang boleh kita cari," batas datuk . Bah Lanjut anggukkan kepala. Mereka terus bercakap. Gegendang telinga saya sudah tidak mampu mahu mendengar perbualan datuk dengan Bah Lanjut. Saya terlelap. Bila saya terjaga dari tidur, saya lihat Bah Lanjut sudah tiada dalam pondok.

Datuk saya Iihat masih termenung panjang. Malas saya mahu menyuruh datuk tidur. Saya kira dia sedang memikirkan sesuatu. Saya tidur kembali. Pagi itu, sembahyang subuh, datuk terus mengajak saya mandi air embun. Pagi di perkampungan orang asli cukup mengesankan. Saya melihat matahari terbit di puncak banjaran gunung titiwangsa, kabus nipis berarak menuju ke dada langit, kicau burung hutan dan ayam hutan bersahut-sahutan.

Lepas mandi air embun, saya bakar ubi kayu dan datuk masak air panas. Bila matahari sudah meninggi, sayup-sayup terdengar bunyi suara jentera dan pekerja hidro-elektrik dan di turuti dengan bunyi ledakkan yang cukup kuat.

"Apa benda tu tok?" tanya saya.

"Dia orang tebuk bukit buat terowong air," begitulah datuk memberi penjelasan. Saya melihat ke arah bunyi ledakkan itu, saya lihat ada asap berkepul naik ke udara.

Selesai makan ubi bakar dan minum kopi, Bah Lanjut datang menemui datuk. Dia mengajak datuk mencari kesan tapak kaki lembaga hitam yang datang ke pondok malam tadi.

"Boleh, nanti saya tukar pakaian," jawab datuk.

Saya dan datuk pun ke atas pondok. Bah Lanjut menanti di tanah. Dia memakai seluar pendek kuning, berbaju hitam dengan parang kontot tersangkut di pinggang. Sumpit panjangnya tersandang di belakang.

Saya dan datuk turun ke tanah. Sesudah berkeliling di kawasan sekitar pondok. Saya terjumpa kesan tapak kaki binatang, macam bentuk tapak kaki gajah, mempunyai empat jari. Saya segera memberitahu datuk dan Bah Lanjut.

"Memang inilah tapak kakinya," kata Bah Lanjut sambil menguis dedaun di kelilingi tapak kaki itu. Bah Lanjut berhenti menguis. Dia mengambil sesuatu dari muka tanah.

"Inilah bulunya," pekik Bah Lanjut sambil menunjukkan pada datuk.

Saya dan datuk pun rapat pada Bah Lanjut. Bulu hitam keras itu pindah dari tapak tangan Bah Lanjut ke tapak tangan datuk. Datuk renung bulu hitam keras itu. Bila bulu itu terkena sinar matahari, warnanya menjadi perang. Datuk menyerahkan bulu itu pada Bah Lanjut. Dan Bah Lanjut memasukkan ke dalam buluh yang tersangkut di pinggang sebelah kirinya. Berpandukan kepada kesan tapak kaki itu, kami bergerak menuju ke arah barat daya. Datuk dan Bah Lanjut menemui beberapa ranting kayu patah kena pijak. Dua tiga pokok hutan kelihatan terkulai, bagaikan dirempuh sesuatu. Kesan itu hilang disebuah lurah menghala ke sebuah anak bukit yang di pisahkan oleh sebatang anak sungai dengan perkampungan orang asli.

Matahari sudah berada betul-betul di tengah kepala. Kerana kesan tapak kaki lembaga itu tidak dapat di kesan lagi, datuk dan Bah Lanjut membuat keputusan pulang saja ke pondok. Datuk memberi janji akan menolong Bah Lanjut mengatasi masalah tersebut, demi keselamatan anak buahnya. Dan Bah Lanjut juga memberi ikrar akan membantu datuk sedaya upaya untuk menangkap atau mengusir lembaga hitam itu.

Sebaik saja kami sampai di pondok, lima orang pemuda Melayu dengan topi putih berbucu depan belakang, seakan-akan bentuk topi keledar menanti kami. Mereka bercakap sesama sendiri.

"Apa halnya ni," tanya Bah Lanjut. Kelima-lima pemuda itu diam. Mata mereka merenung tepat ke arah saya dan datuk . Salah seorang daripada pemuda itu berbadan tegap, berkulit hitam manis menghampiri saya.

"Awak orang asli atau orang Melayu?" tanyanya dengan berbisik pada saya. Saya tersenyum. Aneh juga rasanya, kerana mereka tidak dapat membezakan saya dan datuk dengan orang asli.

"Saya orang Melayu," jawab saya.

"Itu datuk saya," muka anak muda yang bertanya kelihatan berubah.

Dia hulurkan tangan, bersalam dengan saya dan datuk .

"Saya Zamri," katanya pada datuk .

"Awak orang mana?"

"Saya orang Jeram, dekat Kuala Dipang, Kampar, saya bekerja di sini." Mendengar cakap pemuda itu, datuk angguk kepala dan tersenyum. Datuk lalu mempersilakan mereka duduk di atas tunggul kayu di halaman pondok. Bah Lanjut berdiri di depan kumpulan pemuda tersebut.Saya terus duduk di sisi salah seorang anak muda yang berkulit hitam, berhidung mancung.

Tanpa diminta anak muda itu memberitahu saya namanya, Amiruddin, berasal dari Teluk Bahang, Pulau Pinang. Sudah dua tahun menjadi buruh hidro elektrik di situ.

"Apa halnya?" tanya Bah Lanjut lagi. Zamri bangun sambil meraba-raba batang hidungnya.

"Kawan kami kena patuk ular di kaki bukit, waktu menebas," katanya.

Bah Lanjut renung muka datuk dan menyatakan, pekerja-pekerja di situ memang selalu menemuinya jika ada menghadapi kesulitan seperti itu.

"Kenapa tak bawa jumpa doktor?" datuk menghadapkan pertanyaan itu pada Zamri. Bah Lanjut menggosok-gosok ulu parang kontotnya.

"Salah seorang kawan saya sudah pun jumpa ketua, memang mahu dibawa ke Hospital Tapah, tetapi kami terpaksa tunggu kereta.

"Dia mana kawan awak tu?" saya pula bertanya.

"Ada dekat setor, menanti kereta."

Bah Lanjut membisikkan sesuatu ke telinga datuk. Kemudian Bah Lanjut mengajak kelima-lima pemuda itu pergi ke tempat kawan mereka yang kena patuk ular itu. Setelah meredah hutan dan menuruni dua buah anak bukit, akhirnya saya, dan datuk dan Bah Lanjut sampai ke belakang setor.
Di situ, saya lihat seorang pemuda terbaring atas pangkin. Seorang lelaki berbangsa Jerman berdiri di sisinya. Pangkal peha pemuda yang baru berusia lebih kurang dua puluh lima tahun itu diikat dengan kain kuat-kuat. Lelaki berbangsa Jerman itu meletakkan sesuatu di bahagian bawah peha yang sudah diikat itu.

Pemuda yang malang itu tidak bergerak. Dadanya kelihatan berombak. Kedua kelopak matanya rapat. Zamri menghampiri lelaki Jerman yang berbadan tegap. Mereka bercakap dalam bahasa Inggeris. Dua tiga kali orang Jerman itu geleng kepala. Zamri terus juga bercakap akhirnya orang Jerman menghampiri datuk.

"Migiteis," ujur lelaki itu. Datuk angguk kepal. Lelaki itu bercakap sesuatu pada datuk. Saya lihat kelopak mata datuk pejam celik. Dia tidak mengerti dengan apa yang diperkatakan oleh orang Jerman itu. Bahasa yang diucapkan oleh orang Jerman itu terlalu asing buatnya.

"Ini ketua kami, dia setuju memberi peluang pada kami mengubat kawan yang malang itu, mengikut cara kampung, sementara menanti kereta yang akan membawanya ke rumah sakit Tapah," Zamri menjadi juru bahasa pada datuk dan Bah Lanjut.

Orang Jerman yang berbadan tegap itu renung muka datuk dan Bah Lanjut. Bila orang Jerman itu meninggalkan bahagian belakang setor menuju ke pejabat kecilnya bengkel membaiki lokomotif, Bah Lanjut memerintahkan Zamri dan kawan-kawannya mencari batang tepus dan pokok pisang karok (pisang hutan) serta daun langkah dengan secepat mungkin.

Tidak sampai dua puluh minit, barang-barang yang dikehendaki oleh Bah Lanjut itu diperolehi, pemuda malang di atas pangkin di bawa kesatu tempat lapang berdekatan dengan pokok jelutung mati dahan. Bah Lanjut meletakkan barang-barang yang di kehendaki di sekeliling pangkin.

"Pukul berapa?" tanya saya pada Zamri.

"Dekat pukul dua petang," jawabnya, tiba-tiba datuk menepuk bahu saya menyuruh saya diam. Bah Lanjut mengambil batang tepus lalu dipukul ke pangkal pokok pinang hutan, dipalu ke tanah tujuh kali. Manakala pucuk daun langkap dikoyak-koyak, separuh dibuang ke dalam hutan, separuh lagi dikunyahnya.

Pucuk langkap yang sudah hancur itu diluahkan di pangkal pangkin. Bah Lanjut menyuruh saya dan datuk serta kawan-kawan Zamri, duduk di satu tempat agak jauh juga jaraknya dengan pangkin sambil berpesan jangan bercakap atau bangun. Dan gerak gerinya jangan di tegur. Kami beredar.
Muka Zamri dan kawan-kawan agak cemas, mereka agak bimbang kalau-kalau yang kena patuk ular itu tidak pulih dalam waktu yang ditepatkan, kereta dari Batu Tiga Puluh Dua akan datang dan ketua mereka akan memerintahkan supaya kawan yang malang itu dibawa segera ke Hospital Tapah. Bah Lanjut duduk mencangkung di depan pangkin.

Dia bercakap dalam bahasa orang asli, macam kicau burung hantu bunyinya. Lepas itu dia mengambil sehelai daun berhampiran tempat tersebut lalu meniupnya. Bunyi tiupan dari daun itu cukup nyaring dan sakit gegendang telinga saya dibuatnya. Bah Lanjut terus meniupnya tanpa berhenti-henti. Peluh di dahi dan di belakang mula keluar. Tiba-tiba saya melihat beberapa ekor ular keluar dari hutan kecil di belakang kami, semuanya meluru ke arah pangkin pemuda malang itu. Anehnya, ular itu berpatah balik kedalam hutan.

Bah Lanjut terus meniup daun tanpa berhenti-henti. Tanah lapang dekat pangkin pemuda malang itu, sudah pun di penuhi dengan berbagai bentuk ular, beberapa ekor ular menjalar dan memanjat belakang Bah Lanjut yang meniup daun. Saya berasa takut, belum pernah saya melihat ular sebanyak itu dengan beranika rupa dan bentuk. Saya kira semua ular di dalam hutan sekitar itu berkumpul di situ.

Dada saya berdebar, tanpa memperdulikan kami, ular-ular terus berkeliaran keluar dan masuk ke dalam hutan belakang. Kami tidak bergerak. Kami benar-benar jadi tunggul buruk. Saya jeling kemuka daluk. Saya lihat wajahnya tetep tenang. Ular berkeliaran di kaki pangkin. Bah Lanjut terus meniup daun, ular yang begitu banyak di tanah lapang beransur kurang.

Kawan Zamri yang malang masih terkapar atas pangkin di panggang matahari yang keras. Dalam beberapa saat saja, semua ular yang ada di situ ghaib semuanya. Bah Lanjut duduk kembali, dia terus meniup daun dengan sekuat hatinya. Seekor ular hitam, sebesar lengan kanan saya merayap keluar dari hutan di belakang kami. Ular itu bergerak malas menuju ke arah Bah Lanjut. Ia berhenti betul-betul di depan Bah Lanjut. Ular itu panggungkan kepala di depan muka Bah Lanjut.

Kepala Bah Lanjut dan kepala ular itu kelihatan sarna parasnya. Ular itu mematuk leher atau kepala Bah Lanjut. Ular hitam yang nampak berkilat di sinar matahari itu merebahkan badannya atas tanah seketika, kemudian panggung kepala lagi. Perbuatan itu dilakukannya sebanyak tiga kali berturut.Nada tiupan dari Bah Lanjut beransur perlahan, iramanya yang tadinya keras berubah pada nada irama yang agak sayu sedikit.

Ular hitam di hadapannya bergerak malas menuju ke arah pangkin, bergerak dengan bebasnya di atas tubuh kawan Zamri yang terkapar di situ. Ular itu berhenti betul-betul di bahagian dada kawan Zamri yang malang.

Ular panggung kepala Iagi ke arah Bah Lanjut, nada tiupan Bah Lanjut bertambah Iemah, ular hitam rebahkan kepala Ialu merayap ke celah peha kawan Zamri dan berhenti di situ.

Saya Iihat ular itu membenamkan kepalanya di bawah ikatan pada kawan Zamri,lama juga ular itu mengisap sesuatu di situ. Bah Lanjut bangun, bunyi tiupan dari daun di celah mulut Bah Lanjut bertambah perlahan.

Ular hitam berpusing atas pangkin, kemudian turun ke tanah dengan gerak yang amat perlahan sekali. Sebaik sahaja ular hitam itu sampai di hadapan Bah Lanjut, ular hitam itu sudah tidak bergerak Iagi. Bah Lanjut menerkam ke arah kawan Zamri di atas pangkin, daun hutan yang di buat serunai dikelapkan bahagian betis kawan Zamri yang di patuk ular itu. Bah Lanjut menepuk dada kawan Zamri. Kawan Zamri di atas pangkin menggerakkan kaki dan tangan. Bah Lanjut menggamit kami datang ke arahnya.

"Dia dah sedar dari pengsan, bisanya dah dihisap oleh ular yang mematuknya," kata Bah Lanjut, kawan Zamri yang malang pun bangun. Dia turun dari pangkin. Serentak dengan itu kereta dari Batu Tiga PuIuh Dua pun sampai dan orang Jerman yang mengetuai pekerja di situ datang ke arah kami, mukanya bengis, dia memaki Zamri dan kawan-kawannya kerana membawa pemuda yang kena patuk ular ke tempat lain tanpa memberitahunya.

Orang Jerman itu terkejut, bila dia melihat pemuda yang kena patuk uIar itu sudah boleh berdiri serta berjalan ke arahnya dan terus bersalam dengannya. Orang Jerman memeluk datuk dan Bah Lanjut sebagai tanda mengucapkan ribuan terima kasih kerana berjaya menyelamatkan pekerjanya.

"Beri dia berehat duIu, petang esok saya datang lagi," kata Bah Lanjut pada Zamri. Bah Lanjut mengambil bangkai ular hitam itu dan dibelitkannya ke leher.

"Buat apa?" tanya duduk penuh ragu.

"Mesti ditanam," jawabnya.Datuk dan saya berpandangan.

"Ilmu inilah yang mahu saya tuntut dari awak," datuk menyatakan hasratnya.

"Boleh, tapi awak mesti tolong saya hancurkan lembaga hitam duIu."

"Saya cuba tok batin."

Kami pun meninggalkan kawasan pekerja hidro elektrik menuju kearah perkampungan orang asli. Sebaik sahaja sampai di pondok, datuk terus duduk di atas tunggul buruk di hadapan pondok. Bah Lanjut terus pulang ke rumahnya.

Saya terus masuk ke dalam pondok merebahkan badan, kerana terlalu letih saya tertidur. Bila saya terjaga dari tidur, saya lihat datuk membincangkan sesuatu dengan Bah Lanjut. Saya segera mendapatkan mereka.

"Malam ini, kita tunggu lembaga hitam tu datang, esok kita pergi ke kampung lain dekat Kampung Raja di Tanah Rata," datuk memberitahu saya. Saya terdiam. Bah Lanjut renung muka saya.

"Di kampung orang darat sana, ada orang sakit kena sembur lembaga hitam." Bah Lanjut menerangkan kepada saya.

"Walaupun begitu, malam ini kita mesti berjaga kalau lembaga hitam itu datang," terang Bah Lanjut. Saya angguk kepala.

Diresapi Semangat Monyet..

Langit di Batu Enam Belas Jalan Tapah-Cameron Highlands malam itu cukup cerah. Bah Lanjut dan datuk terus berjaga di pangkal pokok Jelutung patah dahan. Saya terus mencampakkan dahan dan ranting kayu ke dalam unggun api di belakang pondok. Bahang dari unggun itu menghilangkan rasa dingin yang menyelimut tubuh saya. Sesekali terdengar bunyi dahan kayu berlaga sesama sendiri, dirempuh angin malam, lalu melahirkan satu nada irama yang memanjang. Embun jantan mula menitik atas kepala saya.

"Sudah dinihari," keluh datuk. Bah Lanjut angguk kepala. Matanya mere­nung tajam ke arah hutan tebal di sebelah kanan pondok. Saya terus mencam­pakkan puntung-puntung kayu ke dalam unggun, bila puntung kayu berada di dalam anggun api, ia kelihatan marak dan bunga api berterbangan ke udara. Saya kira sudah pukul dua lebih. Suara binatang buas terdengar sayup-sayup di kaki bukit. Saya lihat datuk tertidur di pangkal pokok Jelutung. Bah Lanjut terus bergerak ke hulu ke hilir sambil memaut golok di pinggang. Saya tidak memperdulikan mereka.

Tiba-tiba saya terasa kelopak mata cukup berat. Lepas itu, saya tidak tahu apa yang berlaku, bila saya membuka mata kembali, saya lihat Bah lanjut pula tertidur di pangkal pokok Jelutung dan datuk pula bertindak sebagai pengawal. Datuk, saya dan Bah Lanjut merasa cukup kecewa. Lembaga hitam yang dinantikan sepanjang malam, tidak juga menjelma.

"Dia bagaikan tahu kita menantinya," kata datuk pada Bah Lanjut sesudah melihat fajar subuh bangun di kaki langit.

"Dia takut agaknya," sahut Bah Lanjut.

"Boleh jadi juga," balas datuk dan Bah Lanjut kecewa. Bah Lanjut meminta diri pulang kerumahnya. Saya dan datuk beredar menuju ke arah sebuah anak sungai. Kami mengambil air sembahyang. Hari mula beransur cerah.

Waktu datuk mahu mendaki anak bukit ke pondok, di terserempak dengan tapak kaki binatang, sebesar tapak kaki gajah, anehnya tapak kaki menyerupai tapak kaki manusia, tetapi mempunyai empat jari. Jari sebelah kanan berbentuk bulat macam anak lesung batu. Datuk membuat kesimpulan, itulah ibu jari kaki lembaga hitam. Datuk menandakan kesan tapak kaki binatang itu dengan sebatang pokok kecil yang dipatahkan dua. Sebelum beredar datuk baca sesuatu di situ.

"Supaya jangan hilang bila dicari," datuk memberitahu saya. Dan saya cuma tersenyum sambil angguk kepala dua tiga kali.

Selepas menunaikan sembahyang subuh dan bersarapan pagi, saya dan datuk di halaman pondok. Beberapa minit kemudian Bah Lanjut datang. Wajahnya nampak riang.

"Kita kena bertolak pergi ke sana," katanya. "Jalan kaki," sahut Bah Lanjut.

"Susah tu," celah saya.

"Tak susah sebelum matahari condong sampailah kita ke sana." Bah Lanjut memberikan satu keyakinan dalam diri saya. Datuk termenung panjang. Datuk berjalan dua tiga tapak keliling halaman pondok. Berhenti betul-betul di depan kaki tangga pondok.

"Begini tok batin, tok batin pergi dulu, kami ikut kemudian." "Nanti sesat, susah."

"Tak apa, syarat utamanya bila tok batin sampai ke sana, tandakan kawasan
itu dengan kain merah," datuk mengemukakan cadangan.

"Cara?"

"Ikat kain merah pada buluh, dan buluh itu dicacakkan atas tanah lapang."

"Baiklah." Bah Lanjut pun melangkah ke arah utara. Sebelum hilang ditelan oleh pokok-pokok hutan yang tebal itu, Bah Lanjut sempat melambaikan tangan ke arah saya dan datuk. Saya lihat cukup tangkas Bah Lanjut bergerak, saya tidak dapat melihat bayang atau tubuhnya kecuali melihat pokok-pokok yang bergerak saja. Tidak sampai lima minit, saya tidak dapat mendengar suara Bah Lanjut menjawab laungan dari datuk. Matahari bertambah tinggi, tetapi rasa sejuk masih kuat mencengkam diri. Bibir saya terketar-ketar. Datuk mengambil dua tiga helai daun kayu muda. Digosoknya ke tapak tangan beberapa kali.

"Bila kita bertolak ke Kampung Raja tok?" tanya saya sesudah melihat datuk tidak membuat sebarang persiapan untuk pergi ke tempat tersebut. Datuk tidak menjawab pertanyaan saya. Dia terus menakuk-nakuk pangkal pokok jelutung dengan golok peraknya. Datuk menyuruh saya mencari ranting dan dahan kering. Saya patuh dengannya. Saya sudahpun berjaya mengumpul satu bekas dahan dan ranting kering. Saya tempatkan di bawah pokok.

"Bila kita nak pergi," tanya saya lagi sekali. Datuk merenung tajam ke arah saya. Dia kerutkan mukanya.

"Itu urusan aku. Bila aku ajak, kau ikut. Kalau tidak kau tunggu di sana," nada suara datuk membayangkan kemarahan. Datuk terus duduk atas tunggul buruk. Saya terdiam memukul tanah dengan tangan kiri sebanyak tiga kali. Matahari terus memancar. Bunyi burung terus bersahut-sahutan. Saya duduk termenung di bawah pondok. Tidak berani saya melihat muka datuk yang macam muka harimau itu. Datuk berubah tempat duduk bersila di bawah pokok jelutung. Kedua belah lengannya diletakkan atas kepala lutut.

Mata datuk merenung ke arah hutan. Tiba-tiba saya lihat beberapa ekor mo­nyet melompat atas dahan sambil menjerit, monyet-monyet itu terus melompat dari dahan ke dahan dengan cepat seperti dikejar sesuatu. Dada saya berdebar, dari sebelah utara pondok, keluar dua ekor harimau belang berbadan besar. Salah seekor daripada harimau belang badannya besar. Salah seekor dari pada harimau itu ternyata mempunyai kaki yang untut sebelah kiri.

Harimau itu menuju ke arah datuk yang duduk mencangkung Lebih kurang lima minit lamanya, salah seekor daripada harimau itu memusingkan ekornya mengusap dan menyapu wajah datuk dengan ekornya. Datuk membiarkan ha­rimau itu melakukan apa saja terhadap dirinya. Bila sudah penat, harimau itu beredar dan duduk kembali di depan datuk. Harimau yang seekor lagi pula, menerpa ke arah datuk dan menjilat wajah datuk dengan lidahnya yang merah. Saya lihat misai harimau yang keras itu berlaga dengan misai datuk yang lembut. Datuk menepuk-nepuk pangkal leher harimau itu dengan lemah lembut. Harimau itu mengaum kecil. Datuk memeluk leher harimau itu dengan penuh rasa kasih sayang.

"Kau rindukan aku," terdengar suara datuk. Harimau menggerak-gerakkan ekomya. Manakala harimau yang lagi seekor berguling-guling di atas tanah sambil keempat-empat kakinya menghala ke langit.

"Aku dan cucuku selamat di sini, pulanglah. Berkalih hari kau datang ke sini," selesai saja datuk bercakap, dia bangun. Harimau segera berdiri di sisinya. Ha­rimau kaki untut sebelah kanan, yang tidak untut di sebelah kiri.

"Pulanglah," tambah datuk lagi sambil menepuk-nepuk belakang harimau.

Kedua ekor harimau itu mengaum serentak. Dan berjalan tenang masuk ke dalam hutan tebal. Datuk merapati saya lalu menyuruh saya memasak nasi. Datuk juga memberitahu saya, bahawa dia akan turun ke sungai untuk menangkap ikan.

Datuk terus meninggalkan saya di pondok. Dan saya terus menghidupkan api. Membasuh beras dan memasak nasi. Sebaik saja air nasi di dalam periuk kering, datuk kembali dari sungai membawa ikan. Datuk mencari kayu kecil dan ikan itu lalu dipanggang dan diangkatkan pada api. Semuanya berjalan dengan baik. Bila matahari sudah berada betul-betul di tengah kepala, saya dan datuk terus makan, datuk berdiri di halaman melihat bayangannya di atas bumi.

"Sudah masuk sekarang," pendek saja suara datuk. Dan fahamlah saya, ba­hawa datuk menyuruh saya pergi ke sungai mengambil air sembahyang. Saya terus pergi ke sungai. Setelah selesai sembahyang, datuk terus duduk di pangkal jelutung. Entah apa yang dibuat oleh datuk di situ saya sendiri pun tidak tahu.

"Bah Lanjut sudah sampai ke tempat yang dituju," datuk memberitahu sa­ya. Datuk terus naik ke pondok. Ambil pakaian dan barang-barang keperluan. Saya juga berbuat begitu. Datuk menutup kedua belah mata saya dengan kain hitam. Dia menyuruh saya berdiri di kaki tangga. Saya akur dengan perintah itu, datuk menyuruh saya meluruskan kedua belah tangan saya ke hadapan.

Darah saya tersirap. Saya menyentuh badan harimau. Saya terasa lidah harimau menjilat-jilat kedua belah lengan saya. Datuk memimpin saya ke depan, lalu mendudukkan saya atas badan harimau.

"Kau tunggang dia sendirian," kata Datuk.

"Aku naik belakang siuntut, tetapi jangan buka kain penutup mata, kalau kauingkar, kau tak akan melihat dunia lagi," sambung datuk ada nada mengugut perasaan hati saya.

"Saya faham tok."

"Faham saja tak mahu, tapi mesti taat," tengking datuk.

"Saya taat datuk"

"Hum ... bagus."

Saya terasa harimau yang saya tunggang itu bergerak perlahan-lahan, kemudian laju dan terus laju saya terasa kedua belah cuping telinga saya cukup sejuk kerana di sentuh angin. Saya tidak pasti sama ada harimau yang saya naik itu terbang atau berjalan di atas bumi. Dalam saya berfikir-fikir itu, harimau yang saya naik berhenti berjalan. Datuk pun membuka kain yang membalut ke dua belah mata saya.

"Bagus, kau dah berani sekarang," serentak dengan ucapan itu datuk terus memukul belakang saya dua tiga kali. Saya raba bibir saya yang terasa kebas. Saya gigit bibir hingga terasa sakit.

"Kaudah berani sekarang," ulang datuk sambil mengeluarkan bertih dari uncangnya. Bertih itu ditaburkannya atas tanah lapang untuk makanan harimau peliharaannya. Sesudah memakan bertih, harimau itu mengaum kecil sambil menggoyang-goyang ekornya. Datuk tepuk kepala harimau dan iapun terus masuk ke dalam hutan tebal lalu hilang.

“Di mana kita sekarang ni tok?"

"Kita ikut tepi hutan ni menuju ke arah matahari naik." Datuk dan saya pun melangkah serentak meredah hutan, melanggar akar dan duri. Sayup-sayup terdengar bunyi kokok ayam hutan, tingkah meningkah dengan salakan anjing.

Saya yakin, bahawa kami memang tidak jauh dari perkampungan orang asli. Matahari bertambah condong, kabus tebal mula bangkit di sekitar kawasan hutan. Badan saya bertambah sejuk. Datuk dan saya terus meredah hutan, dari jauh sudah nampak asap berkepul dari puncak sebuah bukit kecil.

"Berhenti," datuk memaut bahu kanan saya. Kami terdengar bunyi benda bergerak di sebelah kiri, saya lihat pokok-pokok di situ bergerak sendiri. Dada bertambah cemas. Seorang lelaki muncul di situ.

"Bagaimana cepat awak sampai," kata Bah Lanjut kehairanan.

"Kita belum lagi memacak kain," tambahnya sambil meraba dahi. Datuk tidak menjawab pertanyaan itu. Datuk meminta Bah Lanjut membawanya segera ke perkampungan orang asli di Kampung Raja.

"Mari," ajak Bah Lanjut, Kami lagi sekali menyelusup di bawah akar dan pokok hutan. Akhimya kami sampai ke sebuah kawasan perkampungan orang asli. Bah Lanjut membawa kami ke sebuah rumah di tepi pokok meranti. Bah Lanjut memperkenalkan datuk pada penghuni rumah itu.
Bah Lanjut juga meminta tuan rumah itu menyediakan sebuah tempat khas untuk datuk dan saya, tempat itu mestilah bersih, tidak boleh anjing masuk ke situ. Tuanpunya rumah itu sanggup menyediakan apa yang diminta oleh Bah Lanjut. Saya dan datuk ditempatkan di sebuah rumah kosong berhampiran dengan sebuah anak sungai.

Datuk gembira, kerana dia mudah mengambil air sembahyang dan mandi. Sesudah meletakkan barang-barang yang di bawa ke rumah itu, saya dan datuk kembali semula ke rumah yang mula-mula di temui.Bah Lanjut sudah menanti di situ. Bah Lanjut bercakap dalam bahasa ibundanya dengan tuan rumah itu.

Kemudian, Bah Lanjut membawa saya dan datuk ke satu ruang di tengah rumah. Seorang gadis orang asli terbaring di situ. Cantik juga raut wajahnya. Di hujung kaki itu terletak beberapa naskah majalah filem. Di hujung kepalanya pula terletak beberapa batang keladi dan pucuk ubi kayu.
Bah Lanjut memberitahu datuk nama gadis itu ialah Kuntum. Menurut Bah Lanjut, dulu Kuntum tinggal di Jalan Parang, bersekolah di situ. Gagah untuk menyambungkan pelajaran ke sekolah menengah di Tapah. Dia terpaksa pulang ke kawasan Kampung Raja membantu orang tuanya bercucuk-tanam. Hinggalah pada suatu hari, Kuntum telah di tangkap oleh satu lembaga hitam, ketika dia menanam padi di lereng bukit.

Tiga hari, tiga malam Kuntum hilang, akhimya orang bertamu Kuntum duduk menangis di pangkal pokok bertam yang berduri lebat. Bila bawa pulang ke rumah, Kuntum meraung-raung tidak tentu arah. Kuntum terpaksa diikat, dengan kepandaian Bah Lanjut, sakit Kuntum beransur baik, anehnya pula, Kuntum tidak dapat bergerak ke mana-mana waktu siang. Dia terkapar di ruang khas.

Bila malam, Kuntum akan sihat seperti orang yang Iidak terkena apa-apa. Dia boleh memasak, membaca dan menyanyi. Kadang-kadang turun ke tengah ha­laman menari dengan iringan bunyi suara buluh yang dihentakkan ke bumi. Menjelang dinihari, satu lembaga hitam akan datang lalu memangku Kuntum untuk di bawa ke dalam hutan.

Bila fajar subuh bangkit ke kaki langit lembaga hitam akan memulangkan Kuntum.

Kerana hari sudah beransur gelap, datuk minta diri untuk pulang ke rumah yang disediakan untuk kami. Datuk berjanji akan pulang ke rumah Kuntum sesudah waktu Isyak. Datuk tidak dapat memberikan kata putus samada dia boleh mengubati atau tidak penyakit yang dideritai oleh gadis orang asli itu. Datuk sekedar menyatakannya.

Saya lihat datuk sudah mengenakan baju dan seluar hitam ke badan. Kepalanya dililitkan dengan kain merah selebar dua jari. Datuk mengikat uncang hitam di pinggang. Dia menyuruh saya memakai baju Melayu putih dan seluar putih. Belitkan kain kuning ke kepala saya. Hati saya berdebar, belum pernah datuk menyuruh.

"Bermacam usaha telah dilakukan, pernah orang-orang di sini menyerang lembaga hitam itu, tetapi semua tidak berjaya, lembaga hitam itu lebih kuat dari kami," beritahu Bah Lanjut pada datuk. Datuk kelihatan resah. Dia gigit hibir.

"Jadi sekarang bagaimana?" tanya datuk.

"Kedua orang tua Kuntum tidak dapat berbuat apa-apa, melainkan menyerahkan Kuntum pada lembaga hitam itu, saya pun harap awak akan dapat menolong kami dalam hal ini," secara jujur Bah Lanjut menyuarakan hasrat hatinya.

Dia memberitahu kepada kedua orang tua Kuntum bahawa dia akan menyiasat dan mengkaji punca penyakit itu terlebih dahulu, sebelum memberikan ubat. Selepas sembahyang Isyak, datuk terus baring. Pusing kiri, pusing kanan. Akhimya dia terlelap. Bila melihat datuk terlelap, saya pun merebahkan badan dengan harapan datuk akan melupakan janjinya dengan Bah Lanjut. Saya tahu dan faham benar, kalau datuk pergi ke situ. Sejam dua jam kerjanya tidak akan selesai.

"Bangun," sergah datuk pada saya. Kelam-kabut saya dibuatnya. Saya memakai pakaian. Mahu bertanya, saya takut datuk naik angin. Jalan paling baik saya ikuti ialah, patuh saja dengan apa yang di perintahnya.

"Bawa damar," ujar datuk.

Saya pun ambil damar dari beg yang terletak dekat dinding rumah. Kemudian, saya ikut datuk turun. Sebaik saja kaki saya memijak bumi, saya terasa badan saya seram sejuk. Saya melihat cahaya api yang berkelip-kelip dari arah rumah orang tua Kuntum. Datuk terus melangkah sambil menarik tangan saya.

"Datuk," jerit saya sekuat hati bila melihat satu lembaga hitam berdiri di kiri saya. Datuk pun menoleh ke arah lembaga itu. Cepat-cepat datuk meraba mancis api di dalam saku seluarnya. Datuk membakar kertas yang baru diambil dari dalam uncang hitam. Cahaya dari kertas yang dibakar, menerangi kawasan dari sekitar. Saya dapat melihat lembaga hitam itu dengan jelas. Tingginya, lebih kurang tinggi saya, seluruh badannya berbulu.

Wajahnya macam wajah beruk. Datuk menerkam ke arah lembaga hitam itu sambil membuka silat harimau meniti batang. Lembaga hitam itu menepis setiap buah silat yang datuk lepaskan, saya lihat lembaga hitam itu juga boleh bersilat, mengikut rentak silat datuk. Api yang membakar kertas padam. Datuk terus bersilat.

Suara lembaga hitam itu mengaum sambil mematahkan pokok-pokok kecil di sekelilingnya. Kerana datuk tidak dapat menahan serangan lembaga hitam itu, datuk berundur hingga sampai ke kaki tangga, saya terus naik ke rumah, lalu membawa pelita minyak tanah kemuka pintu. Cahaya dari pelita minyak tanah itu, dapat menolong saya melihat gerak lembaga hitam itu bertarung dengan datuk.

Satu tendangan yang kencang membuat lembaga hitam itu terguling.

Lembaga hitam menjerit dengan sekuat hati. Serentak dengan itu beberapa lembaga hitam lain muncul semuanya mahu menyerbu ke arah datuk. Kali ini saya tidak wajar membiarkan datuk berjuang sendirian. Saya harus bertindak.

Saya ambil golok yang terletak di ruang rumah kemudian melompat ke tanah, lalu membuka silat halilintar. Saya melompat ke kiri dan ke kanan sambiI menikam bertubi. Salah satu lembaga hitam itu yang terkena tikaman saya menjerit lalu masuk ke dalam hutan, dengan di ikuti oleh lembaga hitam yang lain. Datuk terduduk atas tanah. Dadanya berombak -ombak menahan penat. Dengan mendadak saja saya lihat Bah Lanjut muncul di hadapan saya dan datuk.

Hati saya segera bertanya sendirian, apakah lembaga hitam itu ada hubungannya dengan Bah Lanjut. Apakah lembaga hitam itu jelmaan dari Bah Lanjut. Semuanya bersarang dalam kepala saya. Dengan cara berbisik, saya ajukan pertanyaan itu pada datuk.

Tanpa diduga, datuk terus menampar muka saya. Sakitnya bukan kepalang. Bah Lanjut terkejut melihat aksi datuk itu. Tetapi dia tidak berani bertanya ke­napa datuk melakukan hal itu pada saya. Dengan cara penuh diplomasi datuk menyuruh Bah Lanjut menunggu kedatangannya di rumah orang tua Kuntum. Bah Lanjut akur dengan permintaan datuk itu.

Bila Bah Lanjut sudah agak jauh dari kami, barulah datuk dan saya me­mulakan perjalanan ke rumah orang tua Kuntum. Datuk memilih jalan belakang. Ada dua sebab kenapa datuk memilih jalan belakang, pertama dia mahu kedatangannya tidak di ketahui oleh Kuntum dan kedua orang tuanya. Kedua, datuk mahu mengesan dari arah mana lembaga hitam itu masuk ke rumah
Kuntum.

"Kenapa ikut belakang, pintu depan terbuka," suara Bah Lanjut nyaring dalam gelap. Dia muncul tiba-tiba di hadapan saya dan datuk. Lagi sekali hati saya berdebar. Dan macam-macam sangka yang buruk terhadap Bah Lanjut timbul di hati. Datuk tidak menjawab dan saya mengikut langkah Bah Lanjut. Kemudian naik ke rumah.

Ayah Kuntum tersenyum menyambut kedatangan kami. Sementara ibunya duduk meneangkung dekat dinding. Datuk terus bercakap dengan kedua orang tua Kuntum. Datuk membuka uncang kain hitam dan mengeluarkan kain merah, lalu dibakarnya bucu kain merah. Bila api itu mula mahu marak, datuk memadamkannya. Secara mendadak saja Kuntum bangun lalu menyepak tangan datuk. Dia bercakap sesuatu yang saya lihat datuk mengerti. Datuk terus memukul tulang kering Kuntum dengan belakang tangan.

Kuntum menjerit lalu rebah. Ayah Kuntum bangun sambil mengeluarkan parang mahu menetak datuk. Perbuatannya itu segera di tahan oleh Bah Lanjut. Segera Bah Lanjut menerangkan padanya kenapa datuk berbuat demi­kian. Ayah Kuntum mengerti dan minta maaf pada datuk.

Kuntum segera diangkat ke tempatnya dan dibaringkan di situ. Malam bertambah larut. Di luar rumah terdengar orang berjalan dan bunyi ranting kering patah kena pijak.

Beberapa ekor kelawar liar beterbangan. Tiba-tiba hidung saya tercium bau wangi yang amat sangat. Mata saya terasa berat sekali. Kepala terasa sakit dengan mendadak. Saya lihat ayah dan ibu Kuntum tersungkur ke lantai, begitu juga dengan Bah Lanjut. Tidak sampai lima minit mereka berdengkur.

"Berikan aku damar," datuk minta damar dari saya. Saya serahkan damar pada datuk. Datuk segera memecahkan damar itu dengan hati-hati. Separuh diberikan pada saya dan separuh lagi diambilnya.

Datuk suruh saya menekapkan damar itu ke hidung. Bila saya tercium damar,mata saya kembali segar. Kemudian datuk menyuruh saya pura-pura tidur dan terdengkur. Datuk juga berbuat begitu. Saya terasa rumah bergegar. Saya membuka mata sedikit tetapi saya terus pura-pura berdengkur.

Kuntum berlari ke tengah rumah. Dia menghulurkan tangannya pada lembaga hitam yang macam beruk di muka pintu. Lembaga hitam yang berwajah hodoh itu memeluk Kuntum. Hidungnya yang dempak dan keras itu di tekan ke pipi Kuntum yang lembut sambil bersuara "Heh ... heh heh ... heh ... hum".

Kuntum menjerit manja kerana terasa geli bila bulu lembaga hitam itu menikam kulit badannya. Lembaga hitam itu terus mendukung Kuntum ketempat tidur. Saya dan datuk menggolek-golekkan badan sambiI berdengkur hingga sampai ke pintu ruang tempat Kuntum tidur.Lembaga hitam meletakan Kuntum ke atas lantai. Dia terus mencium Kuntum bertubi-tubi. Kuntum mengerang kepuasan.

Datuk menarik kaki saya lalu meratakan bibirnya ke telinga saya.

"Kau pergi kesana, jangan lihat," ujur datuk. Saya menginsutkan badan ke arah lain. Tempat saya segera di ganti oleh datuk. Walaupun begitu telinga saya masih dapat menangkap suara Kuntum yang sesekali mengerang bersama bunyi suara lembaga hitam itu. Saya terkejut bila lembaga hitam itu menjerit. Saya sudah tidak dapat berpura-pura tidur lagi. Saya buka mata.

Saya lihat datuk berdiri di hadapan lembaga hitam. Kuntum terkapar di lantai. Telanjang bulat, matanya tegak merenung atap rumah. Datuk menyuruh saya melekapkan damar ke lubang hidung Bah Lanjut dan kedua orang tua Kun­tum. Bila damar dicium, semuanya bangun. Masing-masing terkejut melihat datuk berhadapan dengan lembaga hitam. Bah Lanjut lalu memasang lampu minyak tanah. Ruang menjadi terang benderang.

Saya nampak cukup jelas, lembaga hitam itu sebenamya ialah sejenis monyet besar dan mempunyai sepasang mata yang cukup tajam. Datuk terus mem­pertahankan diri dari serangan lembaga hitam. Bah Lanjut dan kedua orang tua Kuntum mula rapat ke arah Iembaga hitam.

Melihat keadaan yang cemas itu, lem­baga hitam itu terus melompat dua tiga kali. Kemudian menghempaskan badannya di dinding rumah yang di perbuat dari kulit kayu. Dinding rumah pecah. Lembaga hitam itu jatuh ke tanah dan menjerit lalu melarikan diri dalam gelap yang pekat.

Tanpa membuang masa lagi datuk terus rapat kepala kepada Kuntum. Tubuh Kuntum dibalut dengan kain batik. Datuk minta Bah Lanjut mencarikan daun dedap. Bah Lanjut segera mencarinya.

Datuk merimbas daun itu ke tubuh Kunntum sebanyak tujuh kali. Kuntum terkejut dan dia bagaikan tersedar dari mimpi lalu bertanya pada ibunya apa yang sudah terjadi. Ibunya menceritakan peristiwa yang berlaku. Kuntum menangis.

Datuk mengambil damar itu diramasnya kuat-kuat. Saya lihat dari celah­-celah jari datuk keluar asap. Damar yang sudah hancur itu digaulkan dengan daun dedap dalam satu bekas. Datuk melumurkan semuanya ke tubuh Kuntum.

Datuk membiarkan Kuntum berguling atas lantai. Kuntum kelihatan macam ikan kekeringan air. Kuntum terus lemah dan tidak berdaya. Tubuh Kuntum dilitupi asap dan asap itu membentuk satu lembaga yang menyerupai monyet besar berdiri hingga sampai ke bumbung. Datuk membaca sesuatu lalu menghembuskan ke arah asap yang berbentuk lembaga itu.

Asap berpecah sekejap, bercantum kembali, berbentuk macam bantal guling, melayang-layang di dalam rumah. Datuk pun menggigit bibir.

Dengan tangkas datuk membuka tapak tangan dan menghalakan ke arah asap berbentuk lembaga. Datuk menghembus kearah tapak tangannya. Asap berbentuk lembaga itu menuju ke arah pintu lalu keluar.

"Binatang sial itu, sudah meresapkan semangatnya ke dalam Kuntum," kata datuk.

Bah Lanjut terkejut. Datuk menyuruh Bah Lanjut menjaga Kuntum hingga ke siang. Dan datuk serta saya kembali ke rumah khas. Pagi esoknya, saya dan datuk menemui kesan dan tapak kaki seperti yang kami temui di Kampung Batu Enam Belas.

Datuk segera memanggil Bah Lanjut. Mereka membuat keputusan untuk mengesan tapak kaki itu ke arah mana lembaga hitam itu lari. Sebelum pergi, saya dan datuk melihat Kuntum dulu. Saya lihat Kuntum bertambah segar, tetapi mukanya kelihatan pucat.

Setelah berbincang dengan Bah Lanjut lebih kurang sepuluh minit, kami pun mula mengesan tapak kaki lembaga hitam itu. Kerana malam tadi tidak hujan, kesan tapak kaki itu dapat dilihat dengan jelas.

Kami terus berjalan sambil memotong anak-anak pokok hutan sebagai tanda tempat itu sudah kami lalui. Dua kali saya saya berhenti kerana perjalanan itu terasa cukup jauh. Matahari yang tadi terang sudah beransur condong. Tempat yang kami tuju masih juga belum sampai. Bila hari sudah beransur gelap, kesan kaki itu sudah dapat kami kesan. Ia hilang betul-betul di hadapan sebuah gua.

Memburu Raja Pukau...

Datuk mengambil keputusan untuk pulang saja ke perkampungan or­ang asli. Bah Lanjut tidak membantah dengan keputusan yang di buat oleh datuk itu. Kami meredah hutan untuk pulang. Kami sampai di perkampungan orang asli ketika bulan sudah berada di pucuk tualang bercabang lima. Malam itu datuk tidak dapat tidur dengan lelap. Dia selalu saja terjaga dan datuk akan melompat ke halaman dan berjalan sambil mengelilingi pondok. Saya mempersetankan saja telatah datuk itu.

Bila datuk selesai sembahyang subuh, dia membakar sehelai kain buruk vang baunya cukup wangi. Datuk hanya membakar sebahagian saja dari kain buruk itu. Dan abunya datuk isikan dalam buluh yang beruas pendek. Buluh itu datuk letakkan di hujung bendul pokok.

Bila matahari mula kembang di kaki langit, Bah Lanjut sudah terpaku di halaman pondok. Dia memberitahu datuk, bahawa sepanjang malam anak buahnya berjaga makhluk ganjil berbulu tebal tidak datang mengacau anak dara di tempatnya. Bah Lanjut mengucapkan ribuan terima kasih pada datuk. Dia yakin, datuk telah melakukan sesuatu untuk keselamatan anak buahnya.

"Itu cara kebetulan saja tok batin," kata datuk.

"Kita tak percaya, awak memang handal."

"Terpulanglah pada tok batin sendiri," jawab datuk sambil tersenyum lalu merapati Bah Lanjut.

Datuk berbincang sesuatu dengan Bah Lanjut. Kemudian datuk naik ke pondok lalu menghampiri saya.

"Ke mana?" balas saya agak ragu. Datuk merenung muka saya dengan renungan yang cukup tajam. Datuk ambil kain selimpang lalu turun. Saya termanggu tidak tahu apa yang patut saya lakukan. Akhimya, saya juga melompat turun kehalaman. Saya renung muka Bah Lanjut mengajukan pertanyan.

"Biarkan dia, kalau dia nak ikut siap," jawapan itu bukan saja ditujukan oleh datuk pada Bah Lanjut, malah ditujukan juga pada diri saya. Fahamlah saya, bahawa mereka mahu menjejak makhluk yang berburu tebal itu.

Sebelum panas terik mencengkam perkampungan orang asli, kami pun berangkat menuju ke gua tempat makhluk ganjil menghilangkan diri.

Sampai saja di hadapan pintu gua, datuk dan Bah Lanjut terus duduk di situ. Saya menyapu peluh di muka dengan tapak tangan. Waktu saya menoleh ke kiri, saya lihat datuk sudahpun duduk bersila sambil membentangkan kain hitam atas tanah. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Datuk bangun, berjalan di depan pintu gua tiga kali.

"Kita masuk," kata datuk sambil menjeling ke muka Bah Lanjut. Saya lihat wajah Bah Lanjut agak cemas.

"Ini kerja mati," Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam hati saya. Dia rapat pada saya lalu menjentik telinga saya, "Kau jangan banyak kere­nah," cukup lembut nada suaranya memukul gendang telinga saya, tetapi mem­punyai kesan yang amat pahit bagi diri saya.

"Sediakan mancis," datuk memberitahu Bah Lanjut lalu menyerahkan segumpal kain buruk pada saya. Datuk melangkah ke dalam gua. Bah Lanjut dan saya mengekor dari belakang. Memang sukar berjalan dalam gua yang agak gelap itu. Akhimya kami sampai ke satu kawasan lapang. Kiri kanan ka­wasan itu didinding oleh batu pejal. Disudut sebelah kanan, terdapat satu lagi lubang gua yang lain.

"Kita berada betul-betul di tengah antara dua gunung," beritahu datuk pada saya. Bah Lanjut angguk kepala. Dari kawasan lapang itu, saya dapat melihat awan dan langit. Sekiranya berlaku hujan kami pasti basah, kalau masuk ke dalam perut gua. Menurut datuk keadaan seperti itu memang terdapat dalam kebanyakan gua di Malaysia.

Tiba-tiba kami terdengar bunyi sesuatu, saya pun merenung ke atas, terdapat seekor ular hitam menyusur perhalan-Iahan pada akar-akar kayu yang berjuntaian di lurah gunung itu. Ular itu terus bergerak dan berpaut pada sebatang pokok kecil yang tumbuh di tepi lurah.

"Pedulikan," kata datuk bila melihat air muka saya berubah. Serentak dengan itu kami terdengar bunyi orang berjalan ke lubang gua sebelah kanan. Datuk menyuruh kami menyorok di celah-celah batu besar. Bunyi itu, makin lama, makin jelas akhirnya terpacak tiga makhluk ganjil yang berbulu tebal di kawasan lapang.

Makhluk ganjil itu duduk di situ sambiI memakan daun-daun kayu yang di bawanya. Gerak-geri makhluk ganjil itu tidak banyak bezanya dengan manusia, sarna ada cara dia duduk dan mematah dahan-dahan kayu yang berpucuk hijau. Tingginya lebih kurang 2.5 meter, kira-kira lapan kaki.
Bila berjalan agak membongkok sedikit ke depan. Wajahnya hampir menyerupai orang utan. Suaranya macam suara monyet. Ketiga-tiga makhluk ganjil itu, terus baring di kawasan lapang. Datuk terus menjerit dengan sekuat hati dan melompat ke kawasan lapang dituruti oleh Bah Lanjut.
Makhluk ganjil berbulu tebal itu segera bangun. Bersedia untuk menerkam ke arah datuk dan Bah Lanjut. Datuk bertafakur sejenak sambil membaca sesuatu. Salah seekor daripada makhluk ganjil itu bergerak ke belakang dan mengambil seketul batu besar. Batu itu dihumbankan ke arah datuk. Cepat ­cepat datuk mengelak.

"lni bukan syaitan atau penunggu hutan, binatang ini sesat ke sini," kata datuk pada saya yang secara mendadak menghampirinya. Bah Lanjut termenung sejenak. Dia kelihatan serba salah.

"Apa yang harus kita buat," datang pertanyaan dari Bah Lanjut.

"Kita halau saja dari sini," jawab datuk sambil meminta mancis api dari Bah Lanjut. Datuk pun memerintah saya membakar kain buruk yang dibawa. Perintah datuk segera saya laksanakan. Bila melihat api, makhluk ganjil itu menjerit sambiI menutup matanya dengan tangan yang berbulu tebal. Makhluk ganjil itu takut pada api dan tidak tahan dengan asap dari kain yang dibakar. Makhluk ganjil itupun lari masuk ke dalam perut gua. Bila saya lihat ke atas terdapat berpuluh-puluh ekor monyet bergayut di akar yang berjuntaian di cerun gunung.

"Dia akan meninggalkan tempat ini terus," datuk memberitahu Bah Lanjut, sesudah melihat sesuatu dari kain hitam yang digenggamnya.

"Tetapi makhluk ganjil itu akan datang juga ke sini untuk membahas dendam," sambung datuk sambil mengajak saya dan Bah Lanjut keluar dari tengah kawasan gua tersebut.

Sejak dari peristiwa itu kawasan perkampungan orang asli di Kampung Raja-Cameron Highlands tidak lagi diganggu makhluk tersebut. Bila kami kembali ke Batu Enam Belas, Bah Lanjut menyatakan hasratnya untuk menganut agama Islam. Bah Lanjut kagum, setiap kali datuk berhadapan dengan musuh selalu membaca ayat­-ayat al Quran.

Hasrat Bah Lanjut itu tidak dihampakan oleh datuk. Bah Lanjut dibawa ke Tapah untuk menemui penghulu dan penghulu terus menghubungi Jabatan Agama Is­lam Perak. Seminggu kemudian, Bah Lanjut berjaya membuat sebahagian besar daripada anak buahnya me­nganut agama Islam.
Dua hari sebelum meninggalkan kampung orang asli di Batu Enam Belas itu, datuk telah di datangi oleh seorang pemuda asli yang mendakwa datang dari Pahang. Pemuda itu memberitahu, beberapa orang pemburu telah menemui lapak kaki binatang yang menyerupai tapak kaki manusia di Kuala Teris, dekat Lanchang di Pahang.

Setelah berunding agak lama dengan pemuda itu, datuk bersetuju pergi ke Kuala Teris ikut jalan hutan satu hari perjalanan, akhirnya kami sampai ke Kuala Teris dan datuk terus menyiasat tapak kaki makhluk ganjil menyerupai tapak kaki manusia itu, cukup besar dan panjang bentuknya.

"Binatang ini, kami halau dari Kampung Raja. Usah bimbang, tetapi orang­-orang di sini mesti berjaga, makhluk ganjil itu cukup suka pada anak dara, dia holeh membawa anak dara lari ke hutan," begitulah datuk memberitahu bebe­rapa orang penduduk Lanchang yang bertanyakan tentang makhluk ganjil itu. Menurut hemat datuk, makhluk ganjil itu akan datang lagi ke kawasan Cameron Highlands kerana kawasan tersebut sesuai dengan makhluk ganjil itu yang ma­hukan tempat yang dingin.

Datuk yakin, binatang itu datang dari banjaran gunung Himalaya di Nepal dan berpecah dengan kumpulannya ketika berlaku ribut salji di kawasan tersebut. Dan binatang ganjil itu sesat kedalam hutan besar di Pahang. Dari Lanchang datuk terus ke Jerantut menemui Dukun Nong. Dua minggu saya dan datuk menginap di rumah Dukun Nong.

Masa di rumah Dukun Nong, datuk dijemput oleh seorang lelaki ke Came­ron Highlands lagi sekali untuk mencari seorang saudagar sutera dari Thai­land yang berbangsa Amerika dan didapati hilang, ketika berjalan mengambil angin di kawasan sebuah banglow. Datuk mencari saudagar itu bersama dengan pasukan keselamatan.

Seluruh hutan di puncak Cameron Highlands telah di jelajahi tetapi saudagar yang hilang tidak juga ditemui. Akhirnya, datuk membuat keputusan sendiri. Dia mengajak saya pergi ke kawasan gua tepat menemui makhluk ganjil dulu, dengan ditemani oleh beberapa orang anggota polis.

Di situ datuk hanya memenuhi beberapa pokok besar yang sudah patah dan beberapa carikan kain yang dipercayai kepunyaan saudara tersebut. Datuk yakin saudagar itu sudah ditawan oleh makhluk ganjil tersebut. Pendapat datuk itu tidak diterima oleh pasukan polis. Dan datuk tidak mahu ikut dalam usaha selanjutnya.

Ternyata akhirnya, usaha polis tidak mendapatkan sebarang hasil. Mereka terus membatalkan rancangan untuk mencari saudagar sutera dari Thailand itu. Kehilangan saudagar itu terus menjadi tanda-tanda hingga ke hari ini. Kejadian ini berlaku dalam tahun enam puluhan.

Sesudah itu, saya dan datuk lagi sekali pergi ke rumah Dukun Nong dan menceritakan pengalamannya ketika mencari saudagar yang hilang itu. Dan dukun juga bersetuju dengan pendapat datuk. Menurut firasat Dukun Nong, saudagar sutera itu memang ditawan makhluk ganjil sebagai membalas dendam terhadap orang yang menganggu kawasan persembunyiannya.

Dalam pertemuan itu Dukun Nong memberitahu datuk, makhluk ganjil itu masih berkeliaran dalam hutan negeri Pahang. Tempat persinggahan yang pa­ling di sukainya ialah di sekitar kawasan sejuk. Tetapi dukun Nong cukup yakin binatang itu akan berusaha sedaya upaya melarikan dirinya dari bertemu dengan manusia, kecuali kalau sudah tidak boleh dielakkan.

Dengan Dukun Nong, datuk mendalami ilmu-ilmu kebatinan. (Dukun Nong meninggal dunia dalam tahun tujuh puluhan). Walaubagaimanapun, sejak ke­hilangan saudagar sutera dari Thailand yang berbangsa Amerika itu, cerita me­ngenai makhluk ganjil itu sudah tidak didengar lagi.

Pengalaman-pengalaman yang dikutip semasa mengikut datuk di Cameron Highlands menjadi bahan yang cukup menarik untuk diceritakan pada nenek. Dan nenek hanya ketawa senang mendengar keistimewaan-keistimewaan yang dimiliki suaminya. Tetapi nenek memang tidak mengharapkan salah seorang dari pada cucunya mengikut jejak langkah suaminya.

Menurut nenek, kerja yang dilakukan oleh datuk adalah kerja yang berat dan sukar. Tidak mudah untuk diikuti oleh anak cucunya yang akan hidup dalam dunia yang serba maju ini.

"Kau jangan ikut macam datuk kau," kata nenek kepala tangga sambil merenung wajah datuk yang duduk disisinya. Datuk melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya berkali-kali. Sepasang mata datuk merenung ke arah pintu jalan.

"Ada motosikal masuk ke mari tu," datuk segera bangun. Sebelum melangkah ke tanah, dia merenung muka nenek sambil berkata, "Kerana cucu kita, tak boleh ikut macam kita?"

"Sudah."

"Sudah bagaimana?" balas datuk lagi.

"Mengamalkan ilmu yang awak tuntut bukannya mudah, mesti menjauhkan diri dari semua perbuatan yang dilarang oleh agama."

"Jadi, awak fikir cuma kita tak boleh buat semuanya tu?"

"Saya ingat tak mudah mereka boleh membuatnya, tak boleh menipu, ber­judi, berjahat dengan perempuan, terpisah dari dunia kehidupan zaman ini, mana ada anak cucu kita bila sudah ke bandar boleh menjauhkan diri dari perkara begitu, sembahyang lima waktu belum tentu mereka tunaikan dengan sempurna", begitu nenek memberikan pendapatnya dalam hal tersebut.

Motosikal Honda 50cc berhenti di kaki tangga. Dua orang lelaki berdiri di tengah hala­man. Lelaki yang memakai songkok hitam menyandang senapang kampung berlaras satu itu saya kenaI. Mat Pie namanya, orang Kampung Dendang dan ada pertalian keluarga dengan datuk saya.

Dia adalah anggota pengawal kampung yang di kenali pada masa itu dengan nama A.P. kemudian ditukar menjadi Home Guard atas H.G. Dia sudah mem­bunuh lima anggota komunis di Tanah Empat Ratus yang sekarang telah dija­dikan tanah rancangan dengan nama Bukit Kota kira-kira 8 kilometer dari pekan Bruas, terletak di jalan menghala ke bandar Parit. Mat Pie kawan karib Tok Janggut yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas komunis di Sungai Rotan dekat Padang Gajah, Taiping. Mat Pie sudah pun meninggal dunia, anak cucunya masih ada lagi di Kampung Bruas.

"Apa hajatnya'?" tanya datuk pada Mat Pie. Mat Pie memperkenalkan kawannya pada datuk. Orang Tanjung Tualang, bertugas sebagai kerani dengan sebuah perusahan lombong bijih di tempatnya. Orang itu namanya Kulub Mai­din dan lebih di kenai dengan nama Din Kerani di tempatnya.

Datukpun mempersilakan, kedua orang kawannya itu naik ke rumahnya. Nenek pun membuat kopi Tidak sampai lima minit bercakap, nenek pun menghidangkan kopi panas dan ubi keledek rebus pada mereka.

Saya pun tumpang sama. Dari percakapan mereka, saya mendapat tahu yang Din Kerani meminta pertolongan datuk untuk mencegah kejadian pukau yang kian menjadi-jadi di tempatnya, malah kegiatan gerombolan pukau itu sudah mula melarat ke beberapa buah kampung lain di sekitar Batu Gajah.

"Perkara yang benar-benar saya kesalkan kumpulan pukau tu mencuri harta benda orang-orang kita yang susah", Din Kerani memberitahu datuk.

Dia juga menyatakan rumah pengurusnya juga sudah di masuki oleh pencuri dengan menggunakan ilmu pukau yang melakukan kegiatannya dalam seminggu sekali dan masanya tidak sama.

"Habis apa yang patut saya buat'?" soal datuk.

"Begini, saya tidak mengharapkan sesuatu yang besar, kalu dapat pihak awak menghalang kejadian dari itu dari berlaku di tempat kami sudah cukup."

"Susah tu, lagi pun saya ni bukannya pandai sangat dan saya belum pun sampai se­minggu berada di rumah."

"Dia minta tolong tak akan tak boleh dicuba," sanggah Mat Pie. Saya lihat ,muka datuk tidak begitu gembira. Dia termenung panjang.

"Begini saja, awak balik dulu esok atau lusa saya akan datang," cukup cepat datuk membuat keputusan. Din Kerani tersenyum. Mat Pie terus menghirup air kopi, kemudian menjamah ubi keledek rebus.

"Tinggalkan alamat rumah awak pada saya," datuk bersuara pada Din Kerani. Mat Pie segera mengeluarkan pensil dari saku bajunya dan menyuruh saya mencari secarik kertas. Bila kertas saya serahkan pada Mat Pie, dengan tenang dia bersuara, "Kau lukiskan rajah rumah kau, jadi senang dia mencarinya."

"Betul juga," Din Kerani ambil kertas dan pensil dari Mat Pie. Dia melu­kiskan rajah masuk ke rumahnya.Bila selesai kertas itu diserahkan pada datuk. Datuk menatap kertas itu agak lama juga. Dia menggaru pipi kirinya yang berparut. Telatah datuk diperhatikan dengan teliti oleh Mat Pie dan Din Kerani dengan tenang.

"Ada pokok tak sebelum masuk ke rumah awak?", soal datuk.

"Ada, awak turun dekat sekolah, sebelah kanan jalan ada pokok pauh, ikut jalan tanah merah itu ke darat, hujung jalan tu rumah saya," Din Kerani memberikan penerangan.

Datuk angguk kepala tanda faham. Bila semuanya sudah selesai, mereka pun pulang. Datuk mengiringi mereka hingga ke muka jalan raya. Masa perjalanan itu Mat Pie tolak motosikal dan Din Kerani terus bercakap dengan datuk. Entah apa yang mereka cakapkan, saya sendiripun tidak tahu.

Malam itu selepas menunaikan sembahyang Isyak, datuk duduk bersendirian di anjung rumah sambil melukiskan rajah-rajah di atas sekeping kertas. Dia memanggil saya menghampirinya. Dia menyuruh saya melihat dia melukis rajah dan menulis perkataan dengan tulisan jawi. Saya akur dengan permintaannya.

"Hari yang baik kita bertolak petang Rabu, tidak ada bahaya yang kita akan peroleh laba, kalau pergi Khamis, perjalanan bahaya, kita akan kerugian," datuk memberitahu saya, sambil memberi petua bagaimana mahu memilih hari yang bertuah dalam setiap perjalanan. Lepas itu, datuk membaca sesuatu sambil memeluk tubuh. Dia minta nenek menyediakan bara atas tempat bara. Barang yang di minta tiba. Datuk menaburkan kemenyan atas bara. Asap kemenyan penuh di ruang anjung. Datuk menolak tempat bara itu ketepi. Dia sandarkan badan ke dinding.

"Kalau tidak kerana Mat Pie, saya memang berat nak pergi ke Tunjung Tualang," rungut datuk.

Nenek mendengar apa yang dicakapkan oleh datuk itu.

"Kenapa pula?"

"Saya sudah malas dengan kerja ini."

"Orang minta tolong, mestilah ditolong."

"Saya faham, tapi ... ," datuk tidak meneruskan kata-kata itu. Dia bangun lalu pergi ke ruang tengah. Perasaan datuk saya lihat tidak tenteram malam itu. Saya sesungguhnya memang tidak tahu dengan apa yang bergolak dalam dadanya. Timbul rasa belas dalam hati saya.Kenapa datuk mesti menyusahkan diri sendiri untuk menolong orang lain.

Timbul pertanyaan dalam diri saya. Anehnya, pertanyaan itu tidak saya ke mukakan pada diri datuk. Saya takut menerima akibat darinya. Tanpa saya sedari, datuk turun ke tanah di malam yang pekat itu. Dia terus naik ke rumah duduk kembali di ruang tengah. Datuk termenung panjang di situ.

"Kenapa tok?" tanya saya. datuk renung muka saya.

"Perkara ini berat," jawabnya.

"Sebab?"

"Orang yang kita cari ni, bukan sebarang orang, dia menggunakan tengkorak manusia untuk kerja pukaunya," nada suara datuk menurun. Dahinya saya lihat berkerut empat.

"Walau bagaimanapun kita mesti menolong orang ini," tambahnya dengan rasa penuh keyakinan sambil mengepalkan penumbuk. Saya tersenyum dan datuk terus masuk ke bilik tidur.

Sebelum memulakan tugasnya, datuk lebih suka meninjau keadaan tempat untuk dia menjalankan kerjanya itu. Ini memang sudah menjadi satu kebiasaan yang mesti di lakukannya. Dua hari berada di rumah Din Kerani, seluruh ka­wasan kampung itu sudah dijalaninya.

Datuk sudah memilih kawasan hutan mana yang harus dilaluinya pada setiap pagi untuk mandi embun. Hampir separuh dari penduduk kampung itu sudah di lawannya bercakap ketika berjemaah di surau. Menurut datuk hal ini perlu dilakukan untuk mendapatkan kerjasama orang ramai, tanpa kerjasama kejayaan agak sukar diperolehi. Masuk malam yang ketiga bermalam di rumah Din Kerani, sebuah rumah telah di pukau.

Habis harta benda tuan rumah dilarikan orang. Dan esoknya datuk meninjau kawasan rumah itu. Datuk hanya menemui sekeping daun dedap kering yang diselitkan oleh kumpulan pukau pada tiang seri rumah. Datuk ambil daun itu. Datuk meminta Din Kerani mendirikan satu pondok khas untuknya.

Alasan datuk memerlukan pondok itu ialah untuk memudahkan bagi dirinya menjalankan kerja membenteras kejadian pukau. Permintaan datuk ditunaikan.

Dengan kerjasama orang kampung sebuah pondok didirikan tidak berapa jauh dari rumah Din Kerani.

"Kumpulan pukau ni, diketuai oleh orang yang banyak tahu tentang ilmu batin", kata datuk pada Din Kerani pada suatu senja. Datuk berazam untuk menewaskan kepandaian ketuanya sebelum kumpulan itu dihancurkan. Pada malam yang keempat, datuk sudah bersedia.

Dia memakai seluar hitam, baju hitam dan bertanjak hitam dengan kain selipang berwarna merah terpampang di dada. Datuk duduk bersila sambil kedua lengannya terletak di atas kepala lutut. Datuk menghadapi sehelai kain putih yang diletakkan ke dinding. Dia menyuruh saya menaruh kemenyan dalam tempat bara yang yang terletak dihadapannya. Dalam masa tidak sampai lima minit, ruang pondok dipenuhi dengan bau dan asap kemenyan, macam bau bangkai.

"Orang ini menggunakan tengkorak manusia yang mati di bunuh. Tengkorak itu sudah disalaikan ke api hingga mengecut jadi sebesar putik kelapa," datuk memberi tahu saya. Saya angguk kepala. Kain putih saya lihat bergerak-gerak dan saya lihat ada bayang manusia di situ.
Saya perhatikan kain putih itu penuh minat. Memang ada wajah manusia yang bermisai, hidungnya pesek mempunyai sepasang mata yang tajam agak jauh ke dalam letaknya. Orangnya kelihatan seperti orang yang berbudi bahasa dengan sulah di dahi yang cukup luas. Tingginya lebih kurang lima kaki.

"Sudah jangan lihat," jerit datuk sambil memadamkan bara api dengan tapak tangannya. Saya lihat tangannya tidak apa-apa. Tetapi muka datuk saya lihat dirayapi oleh peluh-peluh halus.

"Orang ini dari sebuah kampung dekat Kampung Gajah, Teluk Anson (sekarang Teluk Intan) dulu menjadi S.C.", ujar datuk lagi sambil membuka kain putih yang tergantung di dinding. Kain itu di lipatkannya. Dimasukkan ke dalam beg kertas cap kuda terbang.

"Minggu depan dia akan datang ke sini, kalau tak silap kali ini mereka akan memukau rumah ketua kampung," tambah datuk.

Dia duduk di sisi saya sambil memetik ibujarinya. Walaupun begini, datuk melahirkan rasa bimbangnya untuk berhadapan dengan ketua kampulan pukau itu. Menurut hematnya, kalau silap langkah datuk akan menanggung malu yang cukup besar. Tidak ada jalan lain, datuk terpaksa menghubungi isterinya o­rang bunian dengan perantaran kuasa ghaib. Datuk memejamkan matanya yang terbuka luas. Dalam sekilap mata saya, saya lihat di tapak tangannya sudah tersedia dua biji limau nipis dan sebilah keris pendek.

"Kita akan menolong orang di sini," kata datuk dengan nada suara yang cukup riang pada saya. Dia bangun, berjalan dalam ruang pondok.

"Ketua pukau ini memang handal orangnya, di Slim River dia meletakkan satu keluarga di tengah padang dan tidak mengambil barang-barang yang di rumah," tambah datuk lagi.

"Kenapa jadi begitu tok?"

"Dia mahu menguji kehandalan tuan rumah tu yang cuba mahu menghalang kerjanya, tuan rumah itu kononnya bersedia menangkap ketua pukau tu dan meminta bayaran yang tinggi pada kerjanya tu, berita itu sampai ke telinganya dan dia menguji."

"Siapa yang handaI dalam hal ni tok?"

"Tentulah ketua pukau, kalau tidak masakan dia mahu memalukan tuan rumah itu." Penerangan datuk itu memberikan satu kepuasan pada diri saya.

Malam yang dinantikan pun tiba, sebuah kereta jenis Morris Minor berhenti di tepi jalan dekat sekolah Tanjung Tualang. Dari perut kereta itu keluar tiga orang lelaki menuju kerumah ketua kampung.

Jam ketika itu sudah pukul dua subuh. Saya dengan datuk memperhatikan gerak-geri manusia bertiga itu dengan penuh minat. Sampai di rumah ketua kampung, ketiga-tiga manusia itu mengelilingi rumah ketua kampung sebanyak tujuh kali.

Kemudian mereka meletakkan tengkorak kecil dipangkal tiang seri. Lelaki yang berbadan kurus itu terus memuja tengkorak kecil itu yang bertukar warna dari putih ke warna hitam-hitaman. Lepas itu dia membakar kemenyan dengan api rokok. Asap kemenyan diasapkan pada tengkorak.

Tengkorak di kepala tiang seri kelihatan berbuih-buih dan bergerak-gerak. Serentak dengan itu seluruh kawasan berbau busuk kemudian berbau wangi. Saya terasa kelopak mata cukup berat.

"Pukaunya sudah menjadi," bisik datuk pada saya sambil meletakkan kedua tangannya ke muka saya. Saya terasa segar dan rasa mengantuk terus hilang.

Berguru Dengan Syaitan...

Datuk tersenyum memandang saya. Dengan pertolongan cahaya bulan yang samar-samar itu, saya lihat ketua pukau terus berdiri dekat tengkorak kering. Tengkorak itu masih juga mengeluarkan buih dan sejenis habuk seakan­-akan asap. Menurut datuk, tengkorak itu diambil dari tengkorak orang mati dibunuh, ketika hujan panas.

Lebih berkesan lagi kalau tengkorak itu dari tengkorak orang yang mati kena tikam. Tidak kira, sama ada orang yang mati itu orang Islam atau tidak. Mengambil tengkorak orang yang mati dibunuh itu , harus melalui beberapa ujian yang tertentu.

Bila tengkorak itu diambil dari tanah perkuburan, harus dipisahkan dengan badannya, tengkorak yang sudah di pisahkan dengan badan itu tidak boleh menyentuh tanah atau dipegang. Mesti dibawa pulang dengan mengandarnya.

Orang yang mengandarnya mesti ditutup kedua matanya dengan kain. Mesti sampai ke rumah sebelum subuh. Tengkorak itu akan disalai sampai kecut, kemudian dipuja oleh orang-orang yang tahu dengan kerja-kerja syaitan itu. Lepas itu baru diserahkan pada orang yang memerlukannya dengan syarat, bila memasuki rumah orang, tuan rumah jangan dianayai, kecuali tuan rumah itu bercakap besar atau takbur dan mahu menguji kebolehan orang yang menyimpan tengkorak tersebut.

"Sebenamya, ilmu pukau ini ada bermacam-macam cara, tetapi memukau dengan tengkorak cukup berkesan. Kekuatan ghaibnya mengatasi ilmu-­ilmu pukau yang lain", begitulah yang dinyatakan oleh datuk pada saya secara ringkas.

"Lihat mereka sudah bersedia untuk masuk ke dalam rumah," kata datuk dengan nada suara yang cukup perlahan. Memang benar cakap datuk itu, saya lihat ketua pukau dua tiga kali berjalan di hadapan anak tangga. Dia memerintah anak buahnya memijak anak tangga pertama dengan hati-hati.

Saya terdengar selak pintu jatuh. Serentak dengan itu daun pintu terbuka. Tuan rumah tercegat dan mempersilakan kaki-kaki pukau memijak lantai rumahnya .

"Kau tidurlah, kami tak ganggu kau", cukup lantang suara ketua pukau. Tuan rumah angguk kepala lalu merebahkan diri di muka pintu.

"Bukan di situ, tempat kau dibilik", mendengar suara ketua pukau, tuan rumah segera bangun dan menuju ke bilik tidur. Ketua pukau mengambil teng­korak lalu melekapkan pada hujung gelegar rumah dekat tiang seri. Dia bagaikan bercakap sesuatu dengan tengkorak tersebut. Ketua pukau ketuk dinding rumah tiga kali berturut sambil berkata:

"Mulakan. Ingat niat kita hanya mengambil barang, jangan ganggu anak isteri tuan rumah."

Habis saja ketua pukau berkata-kata, seluruh perut rumah terang benderang. Anak buah ketua pukau pun masuk ke rumah. Mereka mencari barang-barang berharga. Lebih dari setengah jam mereka menjalankan kerja tersebut. Anak buah ketua pukau menurunkan barang yang dicuri. Semua barang-barang itu diserahkan pada ketuanya. Saya lihat ketua pukau memasukkan barang-barang kemas dalam beg kulit hitam, kemudian menghitung wang yang dicuri.

"Dah selesai?" tanyanya pada anak buah.

"Ambil daun tujuh helai dan ranting berkapit dua", ketua pukau membe­ritahu anak buahnya. Perintah itu segera dipatuhi oleh anak buahnya. Daun dan ranting berkepit dua lalu diletakkan di bawah rumah. Ketua pukau lagi sekali berhadapan dengan tengkorak kecut. Dia bercakap sesuatu di situ.

"Apakah yang mesti kita buat sekarang tok", saya menyoal datuk bila me­lihat ketua pukau dan anak buahnya meninggalkan kawasan rumah yang di curi.

"Biarlah mereka pergi", pendek saja datuk memberikan jawapan.

Bila kum­pulan itu sudah pergi jauh dan datuk yakin jentera kereta kumpulan pukau sudah dihidupkan dan kereta mereka sudah bergerak, datuk pun mengambil ran­ting berkepit dua dan sehelai daun di bawah rumah. Semua benda-benda itu datuk bawa pulang ke pondoknya.
Sebaik sahaja datuk sampai ke pondok, dia segera menyalakan pelita dan menghidupkan bara api di tempatnya. Daun yang sehelai itu dilayarkan ke api pelita, manakala ranting berkapit dua dipatah-patahkan lalu ditaruh kedalam tempat bara api.

Saya tidak bertanya kenapa datuk melakukan semua kerja itu. Saya lihat datuk terus termenung didepan bekas bara api sambil menaburkan kemenyan ke dalamnya.

"Aku harap orang-orang yang mencuri itu akan datang menemui aku siang esok," kata datuk dengan nada suara yang tenang.

Saya terus diam dan merebahkan badan di hujung lutut datuk . Lepas itu saya tidak tahu apa yang Datuk buat tetapi saya di kejutkan oleh datuk ketika azan subuh menguasai kampung.

Pagi itu Din Kerani menemui Datuk dan mencarikan pada datuk apa yang berlaku di rumah ketua kampung. Datuk juga diberitahu, barang-barang yang hilang dinilaikan lebih dari enam ribu ringgit, termasuk wang tunai yang berjumlah dua ribu ringgit, hasil dari penjualan tanah isteri ketua kampung di Rendang Sawa, dekat Batu Gajah.

Secara terang-terangan Din Kerani melahirkan rasa kesal kerana datuk tidak berjaya menahan kejadian pukau itu itu dari berlaku. Malah Din Kerani meminta kata putus dari datuk sama ada dia sanggup menjalankan kerjanya atau tidak. Kalau tidak sanggup Din Kerani mahu mencari orang lain.

"Apa kau fikir menangkap orang berilmu sama macam menangkap anak ayam?", tanya datuk pada Din Kerani sambil membeliakkan biji mata.

"Saya dah tak boleh sabar, semua orang kampung dah tahu, saya yang bawa awak ke sini untuk mengatasi masalah ini, kalau tak berjaya tentulah saya malu."

"Kenapa kau begitu bodoh, beritahu orang kampung? Apa kau tak boleh sabar sikit?"

Nada suara datuk yang meninggi itu membuat Din Kerani termenung pan­jang. Dia bimbang benar kalau rumahnya akan menjadi mangsa ketua pukau. Datuk minta Din Kerani menunggu di pondok hingga pukul empat petang.

"Buat apa?"

"Untuk melihat ketua pukau"

Mendengar cakap datuk itu, air muka Din Kerani segera berubah. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dicakap­kan oleh Datuk. Mana mungkin pencuri mahu menyerah diri, kalau tidak di­tangkap. Fikir Din Kerani.

"Benar atau berjenaka?", Din Kerani meminta kepastian.

"Benar", jawab datuk dengan tegas.

Entah apa malangnya, ramalan datuk tidak menjadi kenyataan. Hing­ga jam lima petang ketua pukau yang diharapkan itu ti­dak datang. Satu tamparan yang cukup hebat dalam tu­gas datuk. Belum pemah dia mengalami perkara seperti itu sebelumnya. Mukanya merah padam. Din Kerani tidak mahu bercakap walau sepatahpun dengan Datuk. Dia meninggalkan pondok dengan seribu pertanyaan.

"Orang ini benar-benar handal dan dia tidak akan tunduk pada sesiapa," keluh datuk sambil merenung kemuka saya. Dia terus ambil air sembahyang lalu menunaikan fardu asar. Saya tidak tahu apa yang dilakukan oleh datuk selepas sembahyang. Saya lihat dia tertungguk depan tikar sembahyang sambil membuka beberapa buah kitab.

Habis membaca kitab, Datuk membaca surah Yassin. Datuk berhenti melakukan semua itu, setelah masuk waktu Maghrib. Saya dan datuk sembah­yang di pondok. Bila masuk Isyak saya dan Datuk berjemaah bersama-sama orang kampung di surau.

Di surau orang-orang kampung membentuk satu jawatankuasa bertindak mengawal kampung. Mulai malam itu, lima orang lelaki dikehendaki mengawal kampung mulai jam 9.00 malam hingga 2.00 pagi. Dari pukul 2.00 hingga 6.00, orang yang lain pula datang mengambil tugas itu yang berjumlah lima orang juga. Din Kerani dipilih sebagai ketua gerakan tersebut. Dia diwajibkan berada di surau setiap kali lepas waktu sembahyang Isyak.

Saya merasa kurang senang hati terhadap sikap orang-orang kampung pada datuk. Mereka buat tidak kisah dengan datuk, tidak seperti mula-mula Datuk datang dulu. Barangkali mereka mula sedar, bahawa datuk tidak mampu ber­tindak lebih jauh lagi untuk mencegah kejadian pukau. Meskipun begitu datuk tidak merasa kecil hati. Dia tetap melayan orang­-orang kampung dengan baik dan peramah. Dia bercakap dengan tok siak, dia menyapa tok imam dan ketua kampung. Sebelum pulang datuk bercakap dengan Din Kerani dan datuk minta Din Kerani datang ke pondoknya kira-kira pukul satu malam.

Malam itu datuk tetap berusaha untuk memberkas ketua pukau. Dia berazam untuk menangkap ketua pukau itu dan mahu menasihatinya supaya jangan me­neruskan kerja yang boleh menyusahkan orang ramai. Datuk mahu menasihatkan ketua pukau itu supaya mencari rezeki yang halal.

Datuk membentangkan kain hitam di tengah ruang pondok. Dia meletakkan keris panjang di tengah kain. Mangkuk putih yang berisi air ditempatkan dibucu kain hitam sebelah kanan. Bucu sebelah kiri diletakkan tempurung serta sabut.

Datuk berdiri tegak menghadapi benda-benda itu semua. Datuk memakai seluar hitam serta baju hitam dan pinggangnya diikat dengan kain merah. Kepala dililit dengan kain kuning. Datuk berdiri sambil memeluk tubuh. Datuk terus membaca ayat Al-Iqra' hingga tamat.

Lepas itu dia membaca Al-Fatihah. Sebaik saja datuk selesai membaca dengan tiba-tiba mangkuk putih yang berisi air bagaikan meletup, air melempah atas kain putih. Datuk terus duduk. Keris panjang saya lihat bergerak sendiri menuju ke bucu kain hitam sebelah kanan. Wajah datuk cukup cemas. Peluh halus muncul dengan tiba-tiba di dahi luasnya.

"Orang ini mencabar aku", kata datuk pada saya.

Cepat-cepat datuk mem­buka bungkusan kain kuning yang disimpannya dalam beg rotan. Dia menge­luarkan sebilah keris pendek berulu gading. Mata keris itu kelihatan berkarat. Datuk pernah menceritakan pada saya, bahawa keris itu memang di bawanya dari Jambi, Indonesia. ltulah satu-satunya peninggalan orang tuanya yang dapat diwarisinya. Keris itu pernah digunakan, ketika menentang Belanda di Acheh.

"Besinya dikutip dari besi-besi sekitar Acheh dan Jambi, dibuat dengan tangan. Mata keris itu sudah di taruh racun getah ipoh", kata datuk pada saya satu masa dahulu. Datuk juga memberitahu keris tersebut pernah membunuh beratus-ratus tentera Belanda.

Keris itu disimpan dalam busut di bawah rumah. Bila orang tuanya mahu meninggal dunia, keris itu diserahkan padanya dengan syarat dia tidak boleh memijak bumi Jambi sampai akhir hayat, kalau mahu keris itu menyimpan bisa dan kuasanya.

Hanya itu saja yang saya tahu tentang keris tersebut. Datuk terlalu merah­siakan tentang keris itu dari anak cucunya, kecuali saya. Datuk melayarkan mata keris ke atas bara. Saya lihat keris itu bertukar kemerah-merahan. Di mata keris tersebut timbul huruf­-huruf jawi iaitu dua kalimah syahadah. Datuk menyimpan keris kembali. Dia merenung tembikar mangkuk putih yang berserak.

"Kau memang mahu menghancurkan aku", tiba-tiba saya terdengar satu suara dari arah kanan. Saya segera menoleh. Seorang lelaki tua berdiri di situ. Dari mana datangnya saya sendiri tidak tahu. Datuk merenung lelaki itu dengan pandangan yang tajam.

"Aku sebenarnya tidak pernah tenang dan aku harap kau akan memberikan ketenangan itu pada aku", lelaki itu bersuara lemah.

Datuk terdiam. Saya lihat datuk seperti berada dalam keadaan yang tidak tentu arah.

Datuk menarik tangan saya. Dan saya pun segera mendekatinya. Dalam keadaan yang agak tenang itu, datuk sempat memberitahu saya, bahawa lelaki tua yang kelihatan itu adalah kenalannya yang sama-sama datang dari Jambi.

Bila sampai ke semenanjung, kenalannya itu sudah mati lemas di sungai, dekat pengkalan di Hutan Melintang. Perahu yang dinaiki kawannya itu karam akibat berlanggar dengan batang kayu di musim tengkujuh. Datuk menyuruh saya duduk di muka pintu pondok. Arahan Datuk itu saya patuhi.

"Kenapa kau yang datang Tandang Ali. Aku bukan mencari kau", kata datuk sambil membaca sesuatu. Ibu jari tangan datuk menekan pangkal belikat. Wajah datuk agak pucat sedikit.

"Aku tahu apa yang kau cari Ucang Diah", beritahu lelaki itu. Saya terke­jut, kerana lelaki itu dapat menyebut nama datuk dengan tepat. Sebenarnya tidak ramai orang yang tahu nama sebenar datuk. Dalam kad pengenalan datuk namanya tercatat sebagai - Kulub Mohd Diah. Dan orang-orang kampung, anak cucunya juga tahu itulah nama datuk yang sebenar.

Tetapi pada saya, datuk memberitahu secara rahsia nama sebenarnya yang diberitahu oleh orang tuanya ialah Ucang Diah. Ucang itu adalah nama keturunan atau suku yang dibawanya dari Jambi.

"Engkau boleh memberi ketenangan pada roh aku"

"Maksud kau?"

"Akulah yang memberikan tengkorak pada ketua pukau. Aku mengambilnya dari kubur dan aku memujanya. Selagi tengkorak itu tidak hilang darinya, roh aku tidak aman."

"Kenapa kau memanjangkan ajaran syaitan?"

"Itulah silapnya aku."

"Kau tahu hukumnya menyiksa mayat? Berdosa besar."

"Masa itu aku tidak terfikir. Yang aku fikirkan masa itu ialah menyuruh mereka memukau rumah-rumah orang putih yang menjajah negara kita, tetapi mereka melakukan sebaliknya."

"Apapun niat kau tetap berdosa. Islam tidak mengajar pengikutnya membuat jahat. Islam menyuruh umatnya berunding dan menggunakan akal fikiran. Ke­napa kau menyempitkan ajaran Islam?"

"Aku tahu..", belum pun sempat orang itu mengakhiri cakapnya, datuk terus membelakanginya. Dengan sekelip mata saja, lelaki itu hilang dari pandangan saya. Datuk terus menuju ke muka pintu. Dengan tenang memijak anak tangga pondok. Saya mengekornya dari belakang.

"Ke mana tok?"

"Ke surau."

Sebaik saja saya dan Datuk melangkah lima langkah ke depan, tiga orang lelaki menghalang. Saya kenal lelaki yang berbaju putih dengan badek di tangan itu ialah ketua pukau.

"Hei kalau kau benar-benar handal tunjukkan, apa hak kau menghalang kerja kami?", cukup keras suara ketua pukau. Salah seorang dari rakannya memberikan golok perak kepadanya. Datuk menyuruh saya undur. Muka ketua pukau saya lihat merah padam dalam samar-samar cahaya bulan malam itu.

"Aku guni kan awak dengan anak awak, kami nak campak kedalam Sungai Kinta," ketua pukau terus mengugut.

Datuk berdiri tegak dihadapan ketiga-tiga lelaki itu. Kaki kanan datuk saya lihat bergerak-gerak. Mata datuk tidak berubah merenung muka ketua pukau. Datuk menikam tumit kaki kanan ke dalam bumi. Separuh dari tumit itu saya lihat tenggelam.

"Kenapa bersekutu dengan syaitan untuk mencari kemewahan?", datuk terus menyergah ketua pukau.

Dan ketua pukau sudah tidak sanggup menerima peng­hinaan itu. Dia lalu mengangkat golok perak untuk menetak batang leher datuk. Datuk kerutkan muka. Tumitnya kian kejap ditekan kebumi. Saya lihat seakan-akan ada kepulan asap mengelilingi buku lali kaki datuk.

Ketua pukau angkat senjata, tiba-tiba tangan dan kakinya tidak boleh bergerak bagaikan terkunci. Dia berusaha mahu bergerak. Usahanya gagal. Mulutnya separuh terbuka. Datuk melangkah ke depan. Dengan cepat datuk menyentuh mata golok perak.

Dengan tiba-tiba golok perak itu patah dua. Ba­hagian atas yang patah jatuh betul-betul di hujung sepatu ketua pukau. Datuk menghentakkan kakinya keatas tanah sekuat hati. Golok perak yang tinggal separuh di tangan ketua pukau terlepas.

"Kuncinya sudah aku buka. Apa yang aku mahu sekarang, ingat bersekutu dengan syaitan tidak akan boleh ke mana-mana. Belajarlah hidup dengan berusaha mencari rezeki yang halal", datuk memberitahu ketua pukau.

Dengan mendadak saja ketiga-tiga ahli kumpulan pukau itu sujud di kaki datuk. Cepat cepat datuk menolak ketiga-tiga badan anggota pukau itu. Datuk berubah tempat berdiri.

"Jangan sujud di kaki aku. Aku adalah manusia seperti kau juga, berasal dari tanah. Dalam Islam tidak ada manusia yang tinggi dan rendah, semuanya sama saja. Kamu semua harus sujud pada Allah yang Maha Besar meminta ampun dan bertaubat", kata datuk.

"Tapi kami mahu minta maaflah pada orang yang kami curi harta-bendanya. Jangan hukum kami."

"Aku tidak boleh menghukum kamu. Allah yang Maha Besar berhak atas dirimu. Pada Allah terletak hukuman yang adil"

"Kami bertaubat"

"Bertaubatlah pada Allah dan aku minta kau serahkan tengkorak itu pada aku", datuk mengemukakan permintaan secara jujur.

Belumpun sempat ketua pukau melakukan apa yang di perintahkan datuk, Din Kerani pun datang. Datuk terus memberitahunya, bahawa kaki pukau yang di cari ada di hadapan. Din Kerani mahu bertindak untuk membawa kaki pukau ke balai polis. Per­mintaan itu tidak dapat ditunaikan oleh datuk.

"Maafkan orang yang bersekutu dengan syaitan lebih mulia dari menghu­kumnya. Dengan kesempatan yang kita berikan, boleh membuat mereka insaf dan kembali ke ajaran Islam yang sebenamya", itulah alasan yang diberikan oleh datuk pada Din Kerani.

Datuk membebaskan mereka, dan mereka berjanji akan memberikan pada datuk tengkorak kecut yang digunakan ketika mencuri.

Sejak terjadi peristiwa itu, kejadian mencuri dengan memukau tidak lagi berlaku. Saya dan datuk terus duduk di Kampung Tanjung Tualang selama tiga minggu lagi. Dalam rancangan datuk, sesudah dia mendapatkan tengkorak kecut dari ketua pukau, barulah dia pulang ke kampung.

Ternyata, ketua pukau tidak menunaikan janjinya. Mereka berpindah tempat melakukan kegiatan memukau di kawasan Kampar pula. Datuk merasa kesal kerana membebaskan mereka tempohari. Sedarlah datuk, sekali syaitan me­nguasai hati manusia memang sukar untuk membuangnya.

Datuk menjadi manusia yang paling berdukacita dengan kejadian itu. Lebih-lebih lagi berita itu didengarnya pada setiap hari bila dia berjemaah ke surau. Datuk pun mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan dia akan cuba menghancurkan kumpulan pukau itu dengan caranya yang tersendiri.

Dua hari di kampung, datuk terus mengajak saya pergi ke Kampung Bahagia di Teluk Intan. Kami tinggal di rumah seorang ustaz yang mengajar di sekolah Sultan Abdul Aziz. Dengan secara jujur datuk memberitahu ustaz tersebut yang secara kebetulan mempunyai pertalian keluarga yang agak jauh dengan ne­nek, tujuannya datang untuk kesitu untuk memberkas kumpulan pukau.

Ustaz tersebut memperkenalkan datuk dengan seorang mata gelap. Mat Jali namanya, orang Lambor Kanan. Mat Jali memang sudah lama mengikuti kegiatan kumpulan pukau tersebut. Mat Jali memang mengharapkan dengan adanya kerjasama dari datuk, kegiatan kumpulan itu akan segera dapat ditum­paskan. Memang datuk berazam, bila kumpulan itu dapat di berkas, datuk tidak akan memberikan ampun dan maaf pada mereka. Datuk mahu mereka dihukum mengikut undang-undang yang telah di tetapkan.

Suatu petang Mat Jali datang menemui datuk. Mereka bercakap panjang di halaman rumah hingga waktu Maghrib. Lepas waktu maghrib, lagi sekali Mat Jali datang menemui datuk. Saya tidak mahu ambil tahu dengan apa yang me­reka bicarakan. Perkara yang nyata ialah, sambil datuk bercakap, Mat Jali mencatatkan sesuatu di kertas kecil. Sebelum Mat Jali meninggalkan rumah, Datuk terus berpesan padanya:

"Saya yakin, mereka akan di situ malam ini. Saya yakin dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, firasat saya ini betul, dan awak akan berjaya"

"Semoga Allah akan memberkati kerja saya ini"

"Sama-samalah kita berdoa", sahut datuk dari muka pintu.

Datuk masuk kerumah. Dia terus membaca surah Yassin, duduk di ruang tengah bersama saya dan ustaz. Menurut datuk, kumpulan pukau itu akan kecundang. Dua sebab kenapa kumpulan pukau itu kecundang. Pertama, ketuanya mungkir janji dan dan kedua gurunya sendiri tidak merestui kerja tersebut.

"Kerja dia orang licin", kata ustaz.

"Saya tahu. Guru mereka kawan saya dan sudah pun mati, sekarang rohnya tak aman."

"Macam mana Wak tahu hal itu?"

"Kerja jahat, janganlah ditanya. Pada Wak, cuma Wak mahu buat dengan tak mahu buat saja. Setiap kerja yang kita lakukan kita harus memikirkan apakah kerja tu di berkati oleh Allah atau tidak"

"Saya paham"

Cuma setakat itu saya dengar kata-kata datuk dan ustaz. Lepas itu masing-masing masuk bilik. Lebih kurang pukul dua pagi, rumah ustaz di ketuk orang bertalu-talu. Datuk buka pintu. Muka Mat Jali tersembul.

"Apa halnya?", soal datuk.

"Semuanya dapat kami tangkap."

''Dimana?''

"Macam awak katakan itu, mereka nak pukau rumah penghulu Tapah yang duduk di Bidor."

"Sekarang dia orang di mana?", tanya datuk lagi. Dia tersenyum puas.

"Di Balai Polis Langkap"

"Kenapa di Langkap, tidak di bawa ke Kampar?", celah ustaz yang berbadan besar, ada janggut sejemput di dagu, memakai kaca mata putih.

"Tak tahu, pegawai suruh bawa ke Langkap, esok baru di bawa ke Kampar"

"Begitu", suara datuk lemah.

Malam itu juga, saya dan datuk naik kereta Moris Minor Mat Jali menuju ke Balai Polis Langkap. Atas daya usaha Mat Jali, datuk dan saya dapat menemui ketua pukau bersama kawannya di dalam lokap.

"Kenapa kamu tak insaf?", soal datuk pada ketua pukau. Pertanyaan datuk itu tidak mendapat jawapan. Ketiga-tiga kaki pukau itu diam membisu. Dari Mat Jali datuk mendapat tahu nama sebenar ketua pukau itu ialah Kusman tetapi lebih dikenali dengan panggilan Hitam. Sudah ada anak dan isteri. Anaknya yang besar belajar tingkatan dua di Kampar yang pada masa itu dibela oleh abangnya. Datuk terus meminta tengkorak kering dari ketua pukau.

Datuk memberitahu tengkorak kering itu harus di pulangkan kepada tuannya secara ghaib, di samping itu datuk juga memberitahu, bawa guru mereka Tandang Ali memintanya mengambil tengkoraknya itu dari mereka.

"Dia sudah mati", meletus jawapan dari ketua pukau.

"Aku tahu, tapi rohnya tidak aman. Bila harta peninggalannya kau pulangkan pada yang berhak, baru dia aman. Aku tahu, dia kawan aku".

Ketua pukau terdiam. Datuk terus memujuknya. Hingga terbit fajar pagi datuk tidak memperolehi apa-apa darinya. Datuk tahu tengkorak itu ada padanya. Siapa pun tidak akan menjumpainya kalau mencari di badannya, kecuali meng­gunakan beberapa petua yang tertentu. Tengkorak itu boleh di sembunyikan dicelah kulit bahagian paha dimana orang tidak akan nampak.

Pada pukul 10 pagi datuk melihat ketua pukau itu dimasukkan ke dalam perut jeep untuk di bawa ke Balai Polis Kampar. Sebelum bertolak datuk mengingatkan polis yang me­ngawalnya supaya berhati-hati dengan ketua pukau. Meskipun tangan digari, dia boleh melepaskan diri. Ketua pukau itu juga mempunyai beberapa kebolehan dalam ilmu kebatinan. Bagi menjamin ketua pukau itu tidak boleh melepaskan diri, datuk menawarkan diri untuk mengikuti jeep itu pergi ke Kampar.

Permintaan datuk itu tidak dapat ditunaikan oleh ketua Balai Polis Leng­kap. Datuk merasa bertuah kerana Mat Jali bersedia membawa datuk ke Kampar dengan menaiki keretanya kerana Mat Jali mengekor dari belakang.

Datuk nampak resah sahaja. Dia menyatakan pada Mat Jali ada sesuatu yang akan berlaku dalam perjalanan. Tetapi Mat Jali meyakinkan datuk, bahawa semuanya berjalan dengan baik,
malah dia yakin ketua pukau itu tidak akan berjaya me­lepaskan diri.

Datuk diam. Dia memejamkan kedua belah matanya. Dahinya berkerut. Mukanya mula di­datangi oleh peluh-peluh halus. Saya tahu, bila datuk melakukan hal sebegitu, dia merenung atau menilik sesuatu yang jauh darinya.

"Dia berjaya membuka garinya", tiba-tiba datuk bersuara agak keras.

Ketika itu kereta jeep yang membawa ketua pukau sedang melintas jambatan di Sungai Air Kuning, dekat Kampar (jambatan itu dirobohkan dalam dalam tahun 1976, sebagai gantinya
satu jambatan baru telah dibina, seperti yang ada sekarang ini).

"Dia akan terjun ke dalam sungai", kata datuk lagi.

Sebaik saja datuk selesai bercakap, saya dan Mat Jali melihat ketua pukau terjun keatas jalan raya, ke­mudian terjun ke dalam sungai. Polis yang berada di sisinya terpaku. Mat Jali membunyikan hon menyuruh kereta jeep berhenti. Jeep itu pun berhenti dan Mat Jali menghentikan keretanya ke tepi. Datuk keluar dari perut kereta.

"Dia agak handal orangnya", ujar datuk sambil merenung kedalam sungai yang berbuih. Polis angkat rifle dan menjunamkan muncung ke arah perut sungai.

"Kita tidak akan dapat menangkapnya. Dia ada ilmu tahanair", kata Datuk.

Cakap datuk itu memang benar. Tiga puluh minit menunggu, ketua pukau tidak juga muncul. Air tempat dia terjun tetap berbuih.

Datuk memberitahu Mat Jali dia boleh memberkas ketua pukau itu, tetapi memakan masa sedikit. Datuk meminta Mat Jali menyuruh pemuda jeep membawa kawan ketua pukau ke Kampar. Jeep pun bergerak. Datuk berdiri di tebing sungai. Dia mengambil air sungai dengan daun keladi. Air itu di lambung ke atas.

Sebelum air itu jatuh ketanah, datuk menyambutnya dengan mulutnya, ke­mudian air itu disemburkan ke dalam perut sungai. Saya lihat air sungai bagaikan mengelegak dan berbuih-buih, kemudian tempat ketua pukau terjun itu berpusing-pusing menjadi semacam lubuk.

Dengan mendadak sahaja air sungai itu menjulang badan ketua pukau lalu mencampakkannya ke tepi tebing. Ketua pukau tersadai di situ. Dari bawah dagunya keluar satu benda putih.

Benda itu berbuih dan akhirnya menjadi satu tengkorak. Datuk pun mengambil tengkorak terse but.

Datuk merawat ketua pukau hingga pulih. Dia berdiri sambil merenung Mat Jali di sisinya, dan bagaikan kilat dia merampas pistol Mat Jali, lalu melepaskan tembakan ke arah datuk.

Datuk cepat-cepat menguncikan sendi badannya. Pistol di tangan ketua pukau terjatuh di kaki, dan secara mendadak saja pistol itu meletup dan pelurunya mengenai perut kedua pukau. Sebelum ketua pukau rebah ke bumi, datuk memeluk tubuhnya dan dengan sekilap mata sahaja datuk muntah darah.

Seluruh badan datuk menjadi biru.